Hanya untuk mendapatkan nikmat sesaat ketika bercinta, seorang wanita yang dikenali sebagai Kate widdowson meninggal dunia.
Menurut laporan DailyMail, kedua tangan kate diikat ketika kejadian itu dan pada keesokan harinya tangan kirinya mulai merasa sakit hingga terpaksa untuk memeriksanya di sebuah hospital.
Doktor yang bertugas ketika itu berkata tangan kate hanya salah urat dan memberikan ubat tahan sakit.
Namun dua hari seterusnya, tangan wanita itu semakin teruk sampai pergelangan tangannya tidak dapat lagi digerakkan.
Bukan hanya itu, tangannya juga mengalami luka hitam seperti terbakar di mana kulitnya menggelupas.
Kate yang dikejarkan ke hospital tidak dapat diselamatkan, beliau meninggal dunia akibat serangan jantung secara tiba-tiba pada hari kedua rawatan
Menurut doktor, Kate telah dijangkiti Necrotising Fasciitis, sejenis kuman pemakan daging.
Keadaan ini disebabkan oleh sebuah luka kecil yang dijangkiti oleh satu atau lebih jenis bakteria hingga merosakkan pengaliran darah ke jantung.
Ibu Kate, Trish Widdoswon, menyalahkan pihak hospital atas kematian anaknya. Menurutnya, Kate seharusnya dirawat dengan membuat pembedahan pada hari pertama datang ke hospital.
Sementara itu, kekasih kate mengaku mengikat tangan Kate ketika mereka berhubungan intim.
Namun lelaki itu tidak terlalu mendakwa tidak terlalu mengingati kejadian itu memandangkan mereka berdua dalam keadaan mabuk ketika itu.
“Aku telah kehilangan cinta hidupku, aku telah kehilangan segalanya. Aku kehilangan tunangku.
Aku kehilangan ibu terbaik dari anak-anakku yang belum sempat lahir. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran pada kita semua.” luah kekasih Kate.
Dikhabarkan pasangan itu telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar