Beberapa kali dikaitkan bercinta dengan pasangan dalam drama baharunya, Fattah Amin, 27, menganggap keadaan itu tidak akan menjejaskan namanya.
Bagi Fattah, ini perkara biasa dan tidak akan menjejaskan namanya.
“Soal digosip bercinta bukan perkara memalukan. Saya sendiri tidak pernah anggap ia akan menjejaskan nama dan kerjaya yang sedang dibina.
“Cuma, pesan saya, jangan sesekali membuat pelbagai spekulasi ‘liar’ tentang perkara berkenaan kerana tidak mahu menjejaskan nama keluarga,” katanya.
Menurut Fattah, dia menganggap keadaan itu sebagai satu penghargaan terhadap dirinya oleh peminat dalam melunaskan tanggungjawab sebagai pelakon.
“Apa yang boleh saya katakan, terima kasih kerana menghargai saya sebagai salah seorang anak seni. Terima kasih juga kerana memberikan sokongan setiap kali produk saya disiarkan,” kata pelakon ini.
Nama Fattah Amin mula dikenali apabila membintangi drama Hello Mr. Perfect beberapa tahun lalu.
Drama Cinta Ibadah dikatakan menjadi pencetus ‘cinta lokasinya’ yang pertama dan ketika itu dia bersama dengan pelakon Sherry Ibrahim yang tua lebih tujuh tahun dengannya.
Populariti pelakon ini bertambah memuncak apabila dia terlibat dengan drama Suri Hati Mr. Pilot bersama dengan Noor Neelofa, 28.
Selepas dikaitkan bercinta dengan pelakon berkenaan, namanya sekali lagi disebut-sebut sedang bercinta dengan pelakon cantik, Nur Fazura Sharifuddin, 33, pula apabila membintangi drama Hero Seorang Cinderella.
Sumber: Utusan Online
Sumber “Dikaitkan bercinta okay, jangan buat spekulasi ‘liar’..” – Fattah Amin Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.