Puteri Sultan Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah, 14 Ogos ini.
Istiadat perkahwinan pasangan pengantin diraja akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor. Istiadat pertunangan pula akan diadakan pada 10 pagi, 14 Ogos, di Istana Bukit Serene, diikuti istiadat nikah.
Tapi rasanya ramai yang masih tidak tahu siapa sebenarnya Tunku Tun Aminah. Menerusi hanasuva.com, kami kongsikan kepada anda 10 fakta menarik mengenai Tunku Tun Aminah yang mungkin korang tak pernah tahu.
1. PUTERI TUNGGAL DALAM KELUARGA
Yang Amat Mulia Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim Ismail dilahirkan pada 8 April 1986 merupakan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik dan mesra disapa sebagai “Tunku Inah”.
2. PENCINTA HAIWAN
Tunku Aminah merupakan pecinta haiwan, antaranya kucing, harimau dan ular. Beliau juga telah merancang untuk merubah wajah serta mempertingkatkan infrasturktur Zoo Johor.
3. MINAT MELUKIS & FESYEN
Tunku Aminah merupakan penaung Johor Design Association, sebuah persatuan yang diwujudkan khusus untuk anak Johor yang berbakat dalam bidang fesyen. Beliaa mewarisi bakat ibunya yang suka melukis.
4. MENGAKUI LEBIH RAPAT & MANJA DENGAN AYAHANDA
Namun ianya bukan satu tiket besar untuk Tunku Inah mendapatkan apa yang diingini dengan mudah. Ada perminataan yang tidak ditunaikan oleh Paduka Ayahandanya.
5. MEMILIKI PRODUK KECANTIKAN
Beliau juga telah mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit iaitu “Luvins The Royal Art of Beauty” by Tunku Aminah. “Luvins” adalah berasal daripada perkataan “Luv Ina”.
6. PEMINAT TEGAR COFFEE
7. SANGAT SUKAKAN KASUT & BEG TANGAN
Lihat saja koleksi yang dimiliki oleh Tunku Inah, memang boleh buat ramai wanita diluar sana menangis.
8. SUKA BERTINJU
Kekandanya TMJ pernah ditegur Ayahanda Sultan Johor kerana sering mengajak Tunku Aminah bergusti. Bila ditegur Ayahanda Sultan, barulah Tunku Aminah mula berpakaian feminin. Boleh tahan lasak.
9. MEMPUNYAI LIMO BERWARNA PINK
10. TUNKU AMINAH BERPENGALAMAN MEYERTAI KEMBARA MAHKOTA JOHOR
Tunku Inah pernah melalui pengalaman tidur berhimpit beralaskan tilam bersama keluarganya sewaktu bermalam di rumah penduduk kampung yang dilawatinya. Pengalaman tersebut menimbulkan rasa keinsafan dalam diri Tunku Aminah.
Posting Komentar