DUA wanita warga asing dilihat melakukan ibadat mengikut cara agama mereka di Masjid Baitul Iman di Limbang dalam kejadian Ahad lalu.
Video: Dua wanita warga asing masuk masjid dan melakukan ibadat ikut cara agama mereka jadi viral, tindakan jemaah masjid dipuji
Perbuatan itu sempat dirakam oleh jemaah masjid yang kemudiannya menjadi tular di laman sosial hari ini.
Imam masjid, Muhamad Ismail Rambli ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, kejadian berlaku pada 4.30 petang, Ahad lalu.
“Dua wanita berusia lingkungan 20 tahun itu masuk ke masjid dan terus melakukan ibadat mengikut agama mereka sebelum ditegur jemaah masjid.
“Mereka seolah tidak menyedari apa yang dilakukan mereka kerana kemungkinan baru memasuki negara ini,” katanya.
Katanya, kedua-dua wanita itu hanya tersenyum dan kelihatan malu selepas mereka ditunjukkan rumah ibadat sebenar berhampiran kawasan itu oleh jemaah masjid.
Rakaman video berdurasi 23 saat itu mendapat pujian netizen terhadap pihak jemaah dan jawatankuasa masjid yang tidak mengambil tindakan melulu ketika berdepan situasi itu.
Sumber: Metro
Sumber Video: Dua wanita warga asing masuk masjid dan melakukan ibadat ikut cara agama mereka jadi viral, tindakan jemaah masjid dipuji Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.