Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Amerika Syarikat (AS) mendapat malu besar apabila sebuah kapal pemusnah tentera lautnya, USS Fitzgerald terlanggar kapal kontena Filipina, ACX Crystal di pesisir Jepun, awal Sabtu.

Malunya Kapal Tentera AS Langgar Kapal Kontena, 7 Kru Hilang

Pihak tentera laut AS berkata, Jepun turut membantu menerbangkan seorang kelasinya yang cedera parah dengan helikopter. Insiden pelik itu mencetuskan ‘bahan jenaka’ berhubung kehebatan armada kuasa besar dunia itu.

Pengawal pantai Jepun berkata, setakat ini tujuh kru kapal penggempur perang Skuadron 15 yang berpangkalan di Yokosuka itu disahkan sebagai hilang berdasarkan kepada maklumat diberikan oleh pihak tentera laut AS sendiri.

Insiden aneh itu meletus kira-kira pukul 2.30 pagi waktu tempatan (1.30 pagi waktu Malaysia), namun ia tidak menyebabkan karam termasuk kapal dagang dilanggar tersebut yang membawa muatan seberat 29,000 tan.

“Kami giat mengesan mereka. Perkembangan semasa akan dimaklumkan kepada ahli keluarga kru kapal USS Fitzgerald,” kata ketua operasi tentera laut AS, Laksamana John Richardson dalam kenyataan menerusi Twitter.

Jurucakap pengawal pantai Jepun dalam pada itu berkata, mereka sudah menghantar lima buah kapal, dua pesawat dan sepasukan penyelamat yang mahir ke lokasi pelanggaran terletak 56 batu nautika dari barat daya Yokosuka.

Tentera AS berkata, USS Fitzgerald masih bergerak dengan enjin sendiri tetapi kuasa pacuannya terhad dan kelasi sedang bertungkus-lumus mengeluarkan air laut yang membanjiri kapal tersebut.

Sumber: Mynewshub.cc



Sumber US malu besar, kapal pemusnah USS Fitzgerald terlanggar kapal kontena Filipina Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top