Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengucapkan terima kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana membantu keluarga pemain Perlis, Mohd. Alafi Mahmud.

Tunku Mahkota Johor tanggung kos pembedahan anak pemain Perlis

Tunku Mahkota Johor tanggung kos pembedahan anak pemain Perlis

PFAM dalam satu kenyataan berkata, Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju menampung keseluruhan kos pembedahan pertama anak Mohd. Alafi, Adra Medina yang berusia dua bulan selepas disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.

“Menjunjung kasih diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor kerana sudi menampung keseluruhan kos pembedahan pertama Adra Medina yang dijadualkan pada 10 Jun ini di Institut Jantung Negara (IJN),” kata kenyataan itu hari ini.

 

Tunku Ismail juga merupakan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT)

PFAM sebelum ini memohon bantuan orang ramai membantu Mohd. Alafi yang memerlukan wang sebanyak RM100,000 bagi menampung kos pembedahan tersebut.

PFAM turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang memberi sumbangan kepada Adra Medina melalui persatuan tersebut.

“Untuk makluman, PFAM juga menutup kutipan ini oleh kerana dana yang dikumpulkan sudah mencukupi.

“Sebarang sumbangan selepas ini boleh terus disalurkan kepada akaun peribadi Mohd. Alafi,” kata kenyataan itu.

Sumber: Mynewshub.cc

 



Sumber Tunku Mahkota Johor tanggung kos pembedahan anak pemain Perlis Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top