Seorang penumpang wanita ditahan selepas 10 hari dan disenarai hitam oleh syarikat penerbangan Air France selepas menampar seorang staf di lapangan terbang di tengah China.
Wanita itu yang hilang sabar selepas diberitahu kakitangan bahawa daftar masuk untuk pesawatnya dari Wuhan ke Paris telah ditutup 14 minit lebih awal pada awal pagi Khamis, lapor Wuhan Evening News.
Staf syarikat penerbangan itu menasihatkan wanita tersebut supaya mengubah atau membayar balik tiketnya.
Namun wanita itu enggan mengendahkan nasihat tersebut dengan mengatakan dia terpaksa menaiki pesawat berkenaan kerana perlu menghadiri satu persidangan penting.
Wanita itu kemudiannya pergi kawasan staf syarikat penerbangan itu dan menampar salah seorang kakitangan di situ sebanyak dua kali selepas rundingan gagal.
Polis telah dikejarkan ke tempat kejadian dan wanita itu ditahan.
Wanita yang namanya tidak didedahkan dalam laporan itu kini telah disenarai hitamkan daripada mengambil penerbangan Air France, lapor The Beijing News.
Difahamkan wanita berusia 36 tahun itu yang juga pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti terkemuka di Wuhan bersama dengan suami dan anaknya semasa insiden berlaku.
Netizen di China mengecam tindakan biadap wanita itu dan menggesa agar hukuman keras dikenakan terhadapnya.
“Penerbangan domestik juga perlu menyenarai hitam wanita itu… dan semua penerbangan perlu menolak daripada membawa penumpang seperti ini,” tulis salah seorang netizen.
Sumber: Mstar
Sumber Tampar staf Air France, pelajar ijazah doktor falsafah ditahan dan disenarai hitam Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar