Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Anak kepada pendakwah terkenal, Tuan Asmawi Tuan Umar, cedera dipercayai dipukul seorang remaja di luar Surau Impian Murni di sini, Isnin lalu.

Anak pendakwah cedera dipukul

Ketika kejadian kira-kira jam 10 malam, mangsa berusia 14 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas solat tarawih sebelum didatangi seorang lelaki yang menuntut belanja setelah telefon yang disembunyikan dipulangkan semula.

Tuan Asmawi melalui akaun Facebook miliknya berkata, anak keduanya cedera dipukul oleh seorang pelajar berumur 18 tahun.

“Setelah mendapat rawatan di hospital swasta kosnya mencecah RM5,126 tidak termasuk kos-kos lainnya.

“Saya terpaksa bawa anak sekali lagi ke hospital kerajaan di Kajang untuk mengenal pasti kecederaannya kerana anak saya memaklumkan kedua-dua matanya kabur.

“Saya amat yakin ia dipukul dan ditumbuk dengan objek keras,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan.

“Kita masih menyiasat kes berkenaan, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut boleh tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Tak nak belanja, anak pendakwah Tuan Asmawi Tuan Umar dibelasah di luar surau Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top