PENYANYI Ezlynn memberitahu suaminya, Adam Fahmy Shamsuddin sudah tidak menguruskan karier seninya dan tugas itu kini diserahkan kepada Indigital Music.
“Tak kekok diuruskan orang lain kerana saya dah biasa membawa diri” – Ezlynn tak lagi diuruskan suami
“Sudah tiga bulan pihak Indigital Music membantu menguruskan karier seni tanpa mengikat kontrak.
“Keputusan ini dibuat kerana suami sibuk dengan kerja lain. Pun begitu, saya tidak rasa kekok diuruskan orang lain kerana sudah biasa membawa diri,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Dalam pada itu, penyanyi terkenal menerusi lagu Hi Hi Bye Bye ini berkata hubungannya dengan suami masih baik walaupun memfailkan penceraian.
“Kami tidak bergaduh dan bersikap rasional, cuma buat masa ini, kami tidak bercakap. Apa pun, saya berharap dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik,” katanya.
Bakal muncul dengan lagu baru, Ezlynn berkata sudah tiga tahun rumah tangganya dilanda masalah.
Ezlynn memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Sumber: Metro
Sumber “Tak kekok diuruskan orang lain kerana saya dah biasa membawa diri” – Ezlynn tak lagi diuruskan suami Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar