Bintang Hollywood Leonardo DiCaprio memulangkan Oscar yang dimenangi oleh Marlon Brando kepada penyiasat Amerika Syarikat (AS) susulan siasatan pengubahan wang haram terhadap 1MDB, kata wakilnya pada Khamis.
DiCaprio juga mahu memulangkan barangan yang dikatakan diterimanya sebagai hadiah untuk lelongan kebajikan yang berpunca daripada pihak yang mempunyai kaitan dengan 1MDB, menurut kenyataan yang dilaporkan Reuters.
Julai lalu, dalam saman sivil AS, penerbit Red Granite didakwa menggunakan RM100 juta yang menurut pendakwa dilencongkan daripada dana 1MDB kepada filem DiCaprio pada 2013 bertajuk The Wolf of Wall Street.
DiCaprio turut berlakon dalam filem itu.
DiCaprio pada Oktober lalu berkata beliau memberikan kerjasama kepada siasatan itu dan akan memulangkan sebarang hadiah atau sumbangan jika didapati berpunca daripada sumber dipersoalkan.
“DiCaprio berusaha memulangkan barang-barang ini, yang diterimanya bagi tujuan dimasukkan dalam lelongan kebajikan tahunan untuk memberikan manfaat kepada yayasannya,” menurut kenyataan itu.
Sumber: Malaysiakini
Sumber Siasatan 1MDB: Leonardo DiCaprio pulangkan Oscar Brando Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar