Akibat tidak tahan sering difitnah, pelakon Sherry Ibrahim telah meluahkan perasaannya serta mendedahkan identiti individu yang didakwa sering menabur fitnah tentang dirinya di Instagram.
Individu yang dipercayai pembantu peribadi kepada seorang pelakon lelaki popular yang juga bekas teman lelaki Sherry itu dikatakan sering menabur fitnah terhadapnya.
Menurut Sherry lagi, pembantu peribadi serta pelakon lelaki itu seakan-akan tidak boleh ‘move-on’ dengan apa yang telah terjadi terhadap mereka sebelum ini.
Sehinggakan pembantu peribadi itu akan pastikan sama ada kelibat Sherry akan muncul di majlis yang sama dengan artisnya untuk elakkan pertembungan empat mata berlaku.
Dalam satu komen balasnya Sherry telah menulis bahawa beliau bersyukur hubungannya telah berakhir dengan pelakon itu. Sherry juga meminta supaya orang tidak cepat menghakimi dirinya kerana mereka tidak tahu hal sebenar yang berlaku.
Disebabkan status Sherry itu, ruangan komen di Instagramnya diserang bala tentera peminat fanatik pelakon lelaki itu dengan komen-komen negatif.
Mereka menyalahkan Sherry yang dikatakan cuba merosakkan reputasi artis kesayangan mereka.
Aduhai… Kan Sherry cakap dirinya sering difitnah. Lebih baik Kita doa yang baik-baik saja. Kenapa perlu komen yang bukan-bukan di Instagram Sherry?
Sherry walaubagaimanapun telah memadamkan status tersebut selepas dinasihatkan oleh peminat yang sayangkannya.
Sumber: Suria
Sumber Sherry Ibrahim dakwa difitnah PA Fattah Amin? Fattah masih tak boleh move on? Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.