Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

“Mungkin ini balasan saya di dunia. Bukan saja ditimpa penyakit tapi suami juga tinggalkan saya dan berkahwin lain,” kata seorang wanita yang menyesali perbuatannya menjual nasi bungkus ketika Ramadan.

Jual nasi bungkus ikut tingkap

Normi (bukan nama sebenar) 50-an yang mengaku banyak mengaut keuntungan hasil jualan bertahun-tahun berniaga ketika umat Islam berpuasa itu kini terlantar sakit serta tidak mampu bergerak akibat penyakit kencing manis.

“Bulan puasa memang bulan yang ditunggu-tunggu. Hanya duduk rumah dan pelanggan datang bermula jam 1 tengah hari beli nasi sebungkus RM5 satu lauk dengan air. Setiap lauk pula dijual pada harga RM3 hingga RM5 sebungkus.

“Selama bertahun-tahun saya buat kerja tu dan masa tu saya cuma fikirkan keuntungan semata-mata sebab tu sanggup jual nasi bungkus kepada orang tak puasa dan kebanyakan mereka ialah pekerja ladang yang buat kerja berat dan pekerja pembinaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Normi berharap kejadian menimpanya dapat dijadikan tauladan kepada semua peniaga yang mempunyai niat sama sepertinya.

“Saya memang berniaga di bazar Ramadan dekat dengan rumah. Kalau ikutkan meniaga di rumah saja pun saya dah untung tujuh ke lapan ribu sebulan tapi saya berniaga juga di bazar untuk kaburkan pandangan orang,” katanya.

Normi berkata, rumahnya pernah diserbu penguat kuasa jabatan agama beberapa kali namun tiada pelanggan setiap kali serbuan selain dapat memberi pelbagai alasan untuk menyelamatkan dirinya dan kemudian hanya diberi amaran oleh anggota terbabit.

“Tujuh tahun lepas saya jatuh masa tengah memasak. Kaki saya luka dan lepas itu baru saya dapat tahu yang saya ada kencing manis. Saya terpaksa berhenti berniaga sebab keadaan kaki sekejap baik sekejap elok.

“Selain kencing manis saya ada darah tinggi dan badan selalu kebas-kebas. Kencing manis saya merebak dari tapak kaki hingga ke betis. Dulu duit berniaga saya banyak bantu suami tapi lepas saya tak berniaga saya tak berduit lagi dan suami pula tinggalkan saya. Dia kahwin lain,” katanya.

Menurutnya, hidup dengan duit hasil perniagaannya itu tidak berkekalan dan benar-benar disesalinya.

“Apabila difikirkan semula, duit tak berkat sesungguhnya tak kekal lama. Saya berniaga macam tu bertahun-tahun. Untung ribu-ribu tapi duit entah ke mana. Rumah tangga pun hancur. Mujur ada anak untuk menumpang kasih,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber RM8,000 sebulan jual nasi bungkus ikut tingkap bulan Ramadan, kini menyesal jatuh sakit, suami tinggalkannya dan kahwin lain Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top