Kalau masih ingat dulu pernah kedengaran gosip cinta Uqasha Senrose bersama seorang jejaka berkuturunan kerabat diraja yang dikenali Tengku Bakar. Lama tidak melihat kelibat mereka bersama, Uqasha bagaimanapun enggan komen lanjut mengenai dakwaan mereka putus cinta.
Putus cinta dengan Tengku Bakar, Uqasha Senrose tak mahu komen
“Kami masih berkawan seperti biasa dan saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang status hubungan itu. Soal putus cinta saya tidak mahu komen kerana masih menghubungi dia seperti biasa”
“Jika boleh, saya tidak mahu bercakap tentang kisah peribadi lebih baik fokus pada kerjaya sahaja,” jelasnya kepada Kosmo mengenai dakwaan hubungan cinta bersama jejaka kerabat telah putus.
Sebelum ini, sekitar tahun lalu hubungan mereka mula dihidu apabila sering memuat naik gambar mesra bersama di Instagram masing-masing. Sehinggakan ramai mendakwa mereka sedang dilamun cinta, namun sehingga sekarang Uqasha tidak pernah bercerita lanjut mengenainya.
Apapun kalau betul berita mereka sudah putus cinta, wanita cantik seperti Uqasha pasti tiada masalah mencari pengganti baru bukan. Lebih-lebih lagi dengan wataknya dalam drama terbaru Hero Seorang Cinderella yang sedang meletop sekarang menjadi kegemaran ramai.
Sumber: Rotikaya
Sumber Putus cinta dengan Tengku Bakar, Uqasha Senrose tak mahu komen Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.