Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Menyamar dengan berpakaian seperti wanita. Itu modus operandi seorang lelaki untuk mencuri wang tunai dan barangan berharga milik mangsa dengan menoreh beg tangan mereka ketika berada di kaunter pembayaran di pusat beli-belah.

Suspek yang dilihat memakai jubah wanita dan berpurdah itu mensasarkan mangsa yang sedang leka menjawab panggilan telefon ketika berada di kaunter pembayaran sebelum menoreh beg tangan mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, seorang wanita warga emas menjadi mangsa terbaru suspek ketika dia sedang membuat pembayaran di kaunter sebuah pusat beli-belah di Medan Idaman, di sini, 30 Mei lalu.

Menurut anak mangsa, Ridzuan Radzi, 38, ibunya, Latifah Abd Majid, 64, berada di pusat beli-belah berkenaan untuk membeli keperluan harian sebelum berbaris di kaunter pembayaran berhampiran pintu keluar.

Katanya, ketika berada di kaunter pembayaran, ibu menyedari seorang ‘wanita’ yang memakai jubah dan berpurdah berdiri di belakangnya, namun tidak membawa sebarang barangan untuk dibayar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Sumber: Harian Metro



Sumber Penyamun berpurdah selamba toreh beg wanita curi duit ketika di kaunter bayaran Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top