Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

SIKAP tidak prihatin dengan kebersihan peniaga bazar Ramadan di Jalan Arung, Taman Bukit Kempas, apabila meninggalkan peralatan perniagaan, termasuk kerusi, meja dan payung besar di tepi jalan amat dikesali kerana boleh ‘dilawati’ tikus, anjing atau haiwan lain.

Malah, ada khemah mudah alih ‘disimpan’ dalam longkang yang terdedah kepada pencemaran dan kekotoran.

Berikutan itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyita 20 gerai peniaga bazar Ramadan itu kerana melanggar syarat lesen.

Datuk Bandar Johor Bahru, A Rahim Nin berkata, tindakan tegas diambil kerana peniaga tidak menjaga kebersihan yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti kencing tikus dan keracunan makanan.

Menurutnya, ada peniaga meninggalkan peralatan seperti meja, payung serta bekas makanan dan minuman dalam longkang.

“Fikirkan sendiri, adakah tindakan mereka itu patut atau tidak? Peniaga sepatutnya peka dengan kebersihan. Jangan abaikan faktor kebersihan seperti yang kami tekankan ketika memberi lesen perniagaab,” katanya.

Menurutnya, operasi sitaan dilakukan 40 anggota penguat kuasa dari Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan MBJB.

Sitaan membabitkan peniaga yang meninggalkan barang perniagaan dalam longkang dan siar kaki yang melanggar syarat lesen tidak meninggalkan barang-barang perniagaan di tapak perniagaan.

“Notis dikeluarkan kepada peniaga sehari sebelum operasi dan beberapa penerangan dan makluman sudah dilakukan,” kata A Rahim.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Peniaga Bazar di Jalan Arung pengotor tinggalkan meja dan kanopi dalam longkang Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top