Suspek pencuri telah ditahan selepas ditemukan sedang nyenyak tidur di katil kediaman yang dimasukinya, lapor sebuah akhbar tempatan.
Lelaki itu ditahan pemilik rumah yang terletak di Wilayah Huanggang, Hubei minggu lalu.
Chutian Metropolis Daily melaporkan, ketika disoal siasat, suspek menafikan dia seorang pencuri, sebaliknya mendakwa masuk ke rumah itu ketika pintunya terbuka dan terus tidur di katil kediaman petani itu.
Bagaimanapun, kata polis, suspek disyaki memasuki rumah itu, bagaimanapun gagal menemui sebarang wang tunai atau barangan berharga.
Kata polis lagi, akibat lapar dan kepenatan, lelaki itu tertidur di katil rumah berkenaan.
Dakwa suspek, dia keluar dari rumahnya selepas bertengkar dengan ahli keluarganya pada Februari lalu dan sejak itu mencuri makanan dan barangan lain untuk meneruskan kehidupan.
Katanya lagi, dia masih memakai pakaian musim sejuk walaupun ketika musim panas.
Sementara itu, kata keluarga petani itu, suspek sedang tidur ketika mereka pulang ke rumah.
Lelaki itu cuba melarikan diri tetapi petani berkenaan telah menutup pintu dan mendapatkan bantuan jiran.
Laporan itu juga menyebut, pihak polis masih menyiasat kes berkenaan. – South China Morning Post
Sumber: MStar
Sumber Pencuri tertidur nyenyak atas katil ketika mencuri Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.