Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Seorang pembantu peniaga diarah pulang oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kerana berpakaian mencolok mata di bazar Ramadan Jalan Sungai Lembing, di sini, kelmarin.

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) amat tegas dalam soal etika berpakaian dan amalan kebersihan bazar Ramadan. ― Foto oleh Yusof Mat Isa

Wanita berusia awal 20-an itu didapati tidak mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan MPK, malah melanggar aspek kebersihan apabila tidak memakai tudung atau penutup kepala, lapor Harian Metro.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK berkata disebabkan itu wanita terbabit diarah pulang ke rumah untuk menukar pakaian yang lebih sesuai.

“Amalan kebersihan itu bukan saja pada makanan dan minuman yang disediakan tetapi juga kebersihan gerai serta kawasan persekitaran,” kata Izad Zainal Muhammad Safian seperti dilapor akhbar itu.

Katanya MPK tegas dalam soal etika berpakaian dan kebersihan, selain menempatkan pegawai di setiap lokasi bazar Ramadan untuk memudahkan pengunjung membuat aduan.

“Bagaimanapun secara keseluruhannya kita berpuas hati dengan komitmen semua peniaga bazar Ramadan setakat ini dan meminta mereka mematuhi peraturan itu sepanjang Ramadan,” katanya.

Sumber: Projek MMO


Sumber Pakai seksi mencolok mata, peniaga bazar diarah pulang tukar pakaian Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top