Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

PENJAGA gol Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Farizal Marlias dikenakan hukuman penggantungan perlawanan selama 12 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hari ini kerana didapati bersalah mengasari pengadil perlawanan pada aksi separuh akhir kedua Piala AFC Zon Asia Tenggara 31 Mei lalu.

Mengasari pengadil: Farizal Marlias digantung setahun

Mengasari pengadil: Farizal Marlias digantung setahun

Pemain berusia 30 tahun itu yang melanggar Perkara 47.1.2 dibaca dengan Perkara 49.1.2 dan Perkara 50.1 kod Kanun Tatatertib AFC turut didenda sebanyak AS$40,000 (RM170,567) atas tindakan menolak pengadil dari China Fu Ming di akhir perlawanan menentang kelab dari Filipina Ceres Negros FC di Bacolod City.

Dalam perlawanan itu Farizal dilayangkan kad merah manakala pasukannya tewas 1-2 sekali gus tersingkir menerusi peraturan gol di tempat lawan apabila kedudukan agregat terikat 4-4.

Hukuman penggantungan 12 bulan itu membabitkan perlawanan seluruh Asia iaitu dalam semua perlawanan domestik, Eropah dan antarabangsa, sama ada perlawanan persahabatan, tidak rasmi atau perlawanan rasmi.

 

Penggantungan ini berkuatkuasa bermula dari tarikh keputusan ini dikeluarkan iaitu 9 Jun 2017 hingga 8 Jun 2018.

Nasib malang turut menimpa jurulatih Johor DT Benjamin Mora yang turut diperintahkan membayar denda sebanyak AS$7,000 (RM29,856) kerana melanggar Perkara 50.1 daripada Kod Tatatertib dan Etika AFC susulan tindakannya mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai perlawanan selepas perlawanan itu berakhir.

Sumber: Metro



Sumber Mengasari pengadil: Farizal Marlias digantung setahun Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top