MELIHAT selipar ibunya di tepi jalan sebelum mendekati sekujur tubuh seorang wanita, iaitu ibunya dan dalam keadaan menangis dia memangil-manggil ibunya- ‘mami…mami…’
“Mami…mami” – Tangis seorang anak bila lihat jasad ibunya yang terbujur kaku dilanggar kereta ketika lintas jalan di hadapan rumah
Betapa luluh hati Alif Hakimi Abd Razak, 5, selepas ibunya, Aida Mamat, 35, meninggal dunia akibat dilanggar kereta ketika melintas jalan untuk menunggu van menjual ikan dan sayur di tepi kedai berhadapan rumah mereka di Kampung Bukit Sireh, Kuala Nal, Kuala Krai hari ini.
Terdahulu, portal berita Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku pada 1.20 tengah hari dan Aida meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superitendan Abdullah Ronning ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat.
Alif Hakimi anak kedua Aida, sempat mendengar bunyi jeritan dan brek kereta sebelum keluar dari rumahnya untuk melihat apa yang berlaku.
Turut bersamanya ialah abangnya, Alif Hafizuddin, 7, yang memberitahu ibunya mahu membeli lauk untuk dimasak sebagai juadah mereka berbuka puasa.
“Semalam mami masak gulai ayam kegemaran saya dan adik untuk berbuka puasa. Saya sedih mami pergi begini,” katanya yang memberitahu bersedia menggalas tanggungjawab menjaga Alif Hakimi dan seorang lagi adik mereka, Nurin Najwa, 2, selepas ketiadaan ibu mereka.
Menurutnya, arwah adalah surirumah yang menjaga mereka sepenuh masa, manakala bapanya, Abd Razak Majid, 39, bekerja sebagai mekanik.
Sumber: Metro
Sumber “Mami…mami” – Tangis seorang anak bila lihat jasad ibunya yang terbujur kaku dilanggar kereta ketika lintas jalan di hadapan rumah Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar