Seorang lelaki dari Taman Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang di sini mengaku sebagai individu yang telah memandu kenderaan melawan arus lebuhraya Plus dekat Kulai, di sini semalam seperti yang ditularkan di media sosial.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Najmuddin Mohd berkata, lelaki berusia 28 tahun tersebut telah datang ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Kulai pada jam 1.10 pagi tadi.
Baca artikel sebelum: Lagi kereta pandu lawan arus di Lebuhraya PLUS
“Rakaman percakapan telah dilakukan kepada pemandu tersebut.
“Pemandu tersebut mengaku memandu motokar tersebut seorang diri dan kini ditahan di lokap IPD Kulai dan akan dibawa ke mahkamah Majistret Kulai untuk mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya.
Kes disiasat dibawah Sek 42(1) APJ 1987 Memandu secara melulu dan membahayakan.
Katanya, jika disabitkan lelaki itu boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15 000.
Semalam, tular di laman sosial satu video sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna kelabu yang dipandu secara melawan arus berdurasi 1 minit 26 saat di Kilometer 34 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kulai, di sini, kira-kira jam 8.15 pagi.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Lelaki memandu lawan arus ditahan, jika disabit boleh dipenjara 5 tahun Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar