KEMUNCULAN sekumpulan ikan lumba-lumba menarik perhatian puluhan penduduk dan pelancong di sekitar perairan Tanjung Malai, Langkawi, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Tropical Chaters, Datuk Issac Alexander berkata, ikan itu muncul secara berkumpulan antara dua hingga empat ekor pada jarak 50 meter dari pantai.
“Dalam minggu ini sudah dua kali ikan terbabit muncul dan seolah-olah melakukan persembahan untuk tontonan penduduk dan pelancong yang berada di kawasan persekitaran.
“Ikan itu berenang dan melompat ke tengah laut sebelum berpatah balik ke arah marina yang turut menempatkan bot laju untuk aktiviti jelajah pulau,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau yang juga pengusaha pelancongan berkata, suasana lebih menarik apabila kumpulan ikan lumba-lumba itu mengekori bot pelancong.
“Saya rasa sekarang memang musim ikan lumba-lumba muncul di perairan Langkawi termasuk perairan Tanjung Malai kerana kakitangan saya memaklumkan sudah banyak kali terserempak ikan itu.
“Pelancong tempatan dan asing berasa amat bertuah kerana mereka dapat melihat gelagat ikan lumba-lumba dan berpeluang mengambil gambar pada jarak dekat,” katanya.
Sumber: Metro
Sumber Ikan lumba-lumba muncul di perairan Tanjung Malai Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar