Dikala semua orang hidup dalam keadaan selesa menyambut Ramadan dan melakukan persiapan Aidilfitri, sebuah keluarga terpaksa hidup dalam keadaan serba daif.
Keluarga enam beranak ini tidak mempunyai tempat tinggal selepas rumah yang disewa terpaksa diroboh ekoran sudah reput dan merbahaya untuk didiami.
Lebih menyayat hati ibu tunggal kepada enam anak, Latifah Abdul Rahim, 53, terpaksa tinggal di bawah rumah milik ibunya yang sempit dan tidak berlantai serta berdinding.
Manakala enam anaknya pula terpaksa menumpang rumah emaknya yang sempit dan uzur serta turut didiami enam lagi ahli keluarganya.
Bagaimanapun, Latifah masih mampu tersenyum apabila menerima kunjungan pemberita bagi melihat sendiri kesusahan yang dihadapinya selama ini.
Menurut Latifah, sebelum ini dia dan anak-anaknya tinggal bersebelahan dengan rumah emaknya sekarang, namun rumah tersebut terpaksa dirobohkan.
“Rumah berkenaan kami sewa namun keadaannya terlalu uzur dan tidak boleh tinggal lagi kerana sudah condong dan boleh tumbang bila-bila masa sahaja.
“Jadi untuk menyelamatkan rumah emak daripada ditimpa rumah kami yang sudah condong, kami mengambil keputusan untuk merobohkannya walaupun saya berasa berat hati,” katanya.
Tambahnya, rumah tersebut dirobohkan seminggu sebelum menjelang Ramadan dan dia terpaksa reda dengan keputusan berkenaan dan berpuasa dalam keadaan serba daif.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Ibu tunggal terpaksa tinggal bawah rumah tidak berlantai serta berdinding setelah rumah sewa terpaksa dirobohkan kerana reput Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar