Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

PELAKON dan penerbit, Datuk Hans Isaac, 46, terpaksa menangguhkan majlis perkahwinannya dengan model, Gabrielle Robinson, 28, yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai ini.

Hans Isaac tanggung kahwin, bakal bapa mertua tak dapat balik Malaysia

Hans Isaac tanggung kahwin, bakal bapa mertua tak dapat balik Malaysia

Hans, ketika ditemui berkata, majlis itu terpaksa ditunda kerana bakal bapa mertuanya tidak dapat pulang ke Malaysia pada tarikh berkenaan.

“Saya terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan kami kepada tarikh lain kerana bapa Gabrielle tidak dapat datang berikutan terikat dengan kontrak di Austria.

“Malah ada saudara mara dan sahabat handai yang pergi bercuti pada tarikh sama. Sejujurnya, ini adalah salah saya kerana ketika memilih tarikh berkenaan saya tidak memberitahu kepada Gabrielle dan keluarganya,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan program raya Astro di Kuala Lumpur, hari ini.

 

Hans berkata, sebolehnya dia mahu majlis itu diadakan tahun ini juga kerana sudah membayar deposit dewan untuk meraikan hari bersejarah mereka itu nanti.

“Saya sudah membayar deposit dewan malah hampir 70 peratus persiapan yang dilakukan saya sudah bayar semuanya,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakan saman terhadap bekas teman lelaki Gabrielle, Robin Coenraad pihaknya sudah menarik balik keputusan itu.

“Saya anggap kes ini sudah selesai kerana lelaki itu sudah pun menarik balik kenyataannya di laman sosial,” katanya.

Terdahulu, selepas mengumumkan mengenai pertunangannya dengan Gabrielle pada Februari lalu, Robin memuat naik status di laman sosial Facebook miliknya yang berunsur fitnah dengan niat menjatuhkan maruah Gabrielle.

Sumber: Metro



Sumber Hans Isaac tanggung kahwin, bakal bapa mertua tak dapat balik Malaysia Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top