
PENYANYI, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin turut mengucapkan takziah atas pemergian anak kepada anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan Che Osman, iaitu Muhammad Syahid, 3 tahun yang meninggal dunia pagi tadi.
Beliau mengucapkan salam takziah tersebut menerusi laman Instagram dengan 'repost' semula video yang dimuat naik oleh Bazli sebelum ini.
"Insya-ALLAH, syurgalah tempatmu sayang Syahid, Al Fatihah," tulisnya.
Bazli Hazwan mengumumkan pemergian Muhammad Syahid, 3, awal pagi tadi akibat kanser di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerusi mesej yang kemudiannya dimuat naik di Facebooknya, Bazli Hazwan Unic, kira-kira 7 lebih pagi tadi.
Siti sebelum ini pernah menjadi juri jemputan untuk Finale Gema Gegar Vaganza baru-baru ini pernah mengalirkan air mata sewaktu persembahan kumpulan UNIC.
ANAK kepada anggota kumpulan nasyid Unic, Bazli Hazwan Che Osman, 33, iaitu Muhammad Syahid, 3, dilaporkan telah meninggal meninggal dunia awal pagi tadi akibat kanser di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Perkara itu, disahkan sendiri oleh Bazli menerusi mesej yang kemudiannya dimuat naik di Facebooknya, Bazli Hazwan Unic, kira-kira 7 lebih pagi tadi.
Bazli dalam catatannya, turut menyifatkan pemergian anak kesayangannya itu sebagai bintang syurga.
"Anak kesayangan ayah @syahid_bintangsyurga dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan Syahid...Anakku," tulisnya.
Sebelum ini, Allahyarham Muhammad Syahid, pernah mendapatkan rawatan di HKL akibat kanser lymphoma dan Allahyarham sebelum ini pernah menjalani rawatan kimoterapi
Syahid adalah anak hasil perkahwinan Bazli dengan isterinya, Asiah Abu Bakar, 27.
Difahamkan, Allahyarham akan disolatkan di masjid Ehsan Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh.
"Jenazah akan disemadikan selepas zuhur," tulis Bazli lagi.
Al - Fatihah..
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.