Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Bomoh Punca Kadet Tentera Laut, Zulfarhan Maut Didera, Dipukul



Zulfarhan, Pegawai Kadet Laut tahun tiga UPNM meninggal dunia akibat didera, didakwa dipukul oleh kadet lain dalam satu kes mengejutkan di Malaysia.

BOMOH JADI PUNCA

Melalui kata keterangan dari suspek, dia dikatakan percaya pada bomoh yang menyatakan arwah adalah individu yang mencuri komputer ribanya.

Perkara tersebut dimaklumkan dan diberitahu oleh rakan baik mangsa menerusi WhatsApp kepada ibu Zulfarhan.

Bapa saudara mangsa berkata, mesej itu menyebut Zulfarhan dipukul sebelum Ramadan lagi kerana dituduh mencuri.

Namun begitu, sebenarnya, Zulfarhan bukan satu-satunya pelajar yang disyaki.

Ini kenyataan bapa saudara mangsa dari pendedahan rakan Zulfarhan.

“Tapi Zulfarhan jadi suspek sebab orang tanya bomoh, keluar nama dia. Lepas tu nak bagi dia mengaku, kawan-kawan pukul dia beramai-ramai.

“Arwah kena pukul dua hari sebab tidak mengaku,” 


Melalui laporan dari Harian metro, kini pihak polis sedang menjejaki bomoh yang didakwa menyebut nama mangsa sebagai pelajar yang disyaki mencuri.

KEADAAN MASNGSA MELECUR TERUK

Sementara itu, Ibu saudara mangsa Hairiah Jelani pula menyifatkan keadaan mangsa “umpama daging bakar” dengan hampir semua tubuh ada kesan melecur.

Ini komennya:

“Saya dimaklumkan doktor, arwah meniggal akibat melecur tahap tiga,”  


Seorang doktor klinik swasta yang merawat arwah Zulfarhan pada 27 dan 31 Mei lalu juga akan dipanggil memberi keterangan.

Ini keterangan dari pihak Polis:

“Selain doktor itu, kami juga akan menjejaki dan merakam keterangan bomoh yang didakwa menyebut nama arwah sebagai individu yang mencuri komputer riba.

“Suspek menggunakan alasan itu untuk memaksa Allahyarham mengaku mencuri,”


Untuk pengetahuan, Zulfahran meninggal dunia di Hospital Serdang 10 malam Khamis dengan kesan melecur di dada, tangan dan kaki, dipercayai ditekap dengan seterika wap.

Seramai 36 pelajar direman bagi membantu siasatan kes kematian Zulfarhan

Kes ini mendapat perhatian ramai dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sudah mengarahkan UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan segera.

Sumber : Harian Metro

Sumber Bomoh Punca Kadet Tentera Laut, Zulfarhan Maut Didera, Dipukul..Bomoh Itu Kini Diburu Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top