Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

HANYA kerana tidak berpuas hati apabila bekas teman wanita mahu memutuskan hubungan cinta, seorang lelaki tergamak menikam mangsa dengan senjata tajam di tepi jalan Taman Serindit, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, di sini, hari ini.

Bahana putus kasih: Lelaki tak puas hati teman wanita minta putus tikam mangsa dengan pisau

Bahana putus kasih: Lelaki tak puas hati teman wanita minta putus tikam mangsa dengan pisau

Dalam kejadian 7 malam, mangsa berusia 23 tahun berasal dari Kampung Alor Gandas, di sini, bertemu dengan suspek, 23, di lokasi kejadian bagi membincangkan soal hubungan mereka sebelum berlaku pertengkaran.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pertengkaran itu bertukar menjadi ganas apabila suspek tidak dapat menerima hakikat mangsa mahu memutuskan hubungan sebelum naik berang dan mengeluarkan senjata tajam.

Menurutnya, suspek kemudian menikam perut mangsa beberapa kali hingga berlaku pergelutan selepas wanita itu cuba mengelak menyebabkan jari dan lutut kirinya turut mengalami kecederaan.

 

“Mangsa yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan dalaman di perut kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, menggunakan ambulans untuk rawatan.

“Setakat ini keadaan mangsa dilaporkan stabil, namun masih lemah akibat kehilangan banyak darah,” katanya.

Katanya, polis kini berusaha mengesan suspek yang berasal dari Jalan Tun Razak, di sini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber: Metro



Sumber Bahana putus kasih: Lelaki tak puas hati teman wanita minta putus tikam mangsa dengan pisau Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top