PESAWAT Malaysia Airlines, MH128 yang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne, semalam, berpunca daripada penumpang mabuk yang membuat gangguan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata, suspek dipercayai warga Sri Lanka.
Baca artikel sebelum: Susulan cubaan penumpang rampas pesawat MAS, lapangan Terbang Tullamarine ditutup
Menurutnya, sehingga kini beliau masih belum menerima maklumat sama ada pesawat akan berlepas semula.
“Saya ingin menyeru supaya orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi membabitkan aktiviti keganasan.
“Malaysia Airlines sentiasa mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dan saya dimaklumkan bahawa semua anak kapal berjaya mengawal penumpang terbabit,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Sumber Penumpang mabuk yang cuba rampas pesawat MAS MH128 Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.