Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Penyanyi Ezlynn dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court dekat sini pada pagi Khamis selepas mengalami demam panas dan sesak nafas.

Ezlynn berkata, doktor mengesahkan bahawa dia terkena jangkitan demam viral yang turut membawa kepada penyakit lain seperti asma dan masalah pada buah pinggang.

“Semalam saya minta ahli keluarga datang ke rumah dan bawa saya ke hospital kerana demam panas dua hari, saya juga tidak boleh bangun dan sesak nafas.

“Selain itu, mata saya juga bengkak dan berair kerana alahan dan masalah buah pinggang. Alhamdulillah hari ini (Jumaat) keadaan saya agak baik dari semalam,” ujarnya kepada mStar Online.

 

Penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye ini berkata, dia masih lagi dalam pemerhatian doktor.

Dalam pada itu, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, tidak menolak demam viral itu dijangkiti selepas pulang bercuti di Lombok, Indonesia, baru-baru ini.

“Mata saya masih bengkak, doktor masih cari ubat sesuai kerana ubat yang diberi semalam tidak sesuai dengan badan saya.

“Setakat ini doktor belum beritahu bila boleh balik, saya harap dapat pulih cepat dan menjalani ibadah puasa seperti biasa,” ujarnya.
Sumber: Mstar



Sumber Ezlynn Terkena Demam Viral Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top