Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Western Digital mempunyai beberapa penawaran pemacu storan luaran untuk pengguna, dan terkini mereka hadir dengan WD G-Drive USB-C, sebuah storan luaran yang hadir dengan sokongan USB-C, dan penawaran storan sehingga 10TB.

Cakera keras luaran ini menggunakan cakera keras biasa, dan bukannya SSD. Kelebihan yang ditawarkan adalah sokongan kebolehan mengecas peranti pada masa yang sama ketika ia dihubungkan kepada komputer riba untuk mengakses storan.

WD G-Drive

Perkara ini mungkin tidak menjadi minat ramai pengguna. Walaubagaimanapun, Western Digital dilihat mempunyai kumpulan sasaran tersendiri – terutamanya MacBook Pro yang hanya hadir dengan hanya satu port USB-C sahaja. Melalui kebolehan mengakses storan tambahan dan mengecas peranti, ia semestinya akan menjadi minat para pengguna MacBook Pro yang terikat dengan hanya satu port sahaja.

Buat masa ini, G-Drive USB-C ini hanya ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja dengan pilihan ruangan storan 4TB, 8TB dan 10TB.

WD G-Drive

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top