Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Konsol permainan video Sony PlayStation 4 mempunyai banyak aksesori pengawal permainan yang menarik oleh parti ketiga, akan tetapi banyak daripadanya tidak begitu menarik seperti pengawal permainan Microsoft Xbox Elite Controller.

Terkini, syarikat pembuat aksesori permainan video Scuf baru sahaja memperkenalkan dua pengawal permainan baru untuk konsol Sony PlayStation 4, iaitu Scuf Infinity Pro dan juga Scuf Impact.

Rekabentuk kedua-dua pengawal permainan ini sedikit berbeza diantara satu sama lain – pengawal Infinity Pro mempunyai reka-bentuk yang memang serupa dengan pengawal DualShock 4 daripada Sony, manakala rekabentuk pengawal Impact pula lebih lebar sedikit, membuatkannya kelihatan seperti hibrid pengawal Xbox One dan DualShock 4.

Pengawal Scuf Infinity Pro dan Impact mempunyai butang paddle di bahagian belakangnya yang boleh diubahsuai secara fizikal dan perisian untuk memudahkan anda menekan butang-butang yang diperlukan. Bagi pengawal Infinity Pro, ia mempunyai dua butang paddle ini, manakala pengawal Impact mempunyai empat butang tersebut, dan ia boleh diubahsuaikan menggunakan magnet.

Selain dari itu, kedua-dua pengawal Scuf Infinity Pro dan Impact ini mempunyai ciri-ciri seperti pengubahsuaian thumbstick dan Impact Ring yang mengunci thumbstick tersebut supaya ia tidak longgar.

Bagi mereka yang inginkan pemicu yang boleh dicetuskan secara pantas, pengawal-pengawal Scuf ini juga ada sokongan untuk mengubahsuai butang-butang pemicu mereka.

Kedua-dua pengawal permainan dari Scuf ini boleh digunakan dengan konsol Sony PlayStation 4 dan komputer desktop melalui kabel microUSB ataupun tanpa-wayar menggunakan sambungan Bluetooth.

Pengawal permainan Scuf Infinity Pro dan Impact kini berada di pasaran US untuk harga $129.95 (RM576) dan juga $139.95 (RM621).

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top