Coolpad merupakan salah satu jenama peranti dari China, dan kini nampaknya mereka turut telah memasuki pasaran tempatan secara rasminya. Ia merupakan antara pengeluar terkemuka dari China, dan ia kini merupakan sebahagian daripada LeEco Group.
Terkini, Coolpad turut dilihat telah memperluaskan penawaran ke pasaran tempatan. Produk mereka masih belum dilancarkan secara rasminya, tetapi aktiviti pemasaran untuk jenama Coolpad telah aktif dilakukan melalui laman sosial dan sebagainya.
Daripada maklumat yang kami terima, Coolpad bakal melancarkan dua produk baru untuk pasaran tempatan, iaitu Coolpad Roar Plus dan juga Coolpad Sky 3 Pro.
Coolpad Roar Plus merupakan telefon pintar bersaiz 5-inci dengan paparan 1280×720 pixel, dilengkapi cip pemprosesan MT6735P, memori 1GB RAM, dan ruangan storan 8GB. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Peranti ini menjalankan Android 6.0 Marshmallow, dan dilengkapi dengan antaramuka khusus Coolpad. Pihak Coolpad turut menyertakan sokongan 4G VoLTE pada telefon pintar ini.
Coolpad Sky 3 Pro pula merupakan telefon pintar dengan skrin sedikit besar, iaitu 5.5-inci dengan paparan 1280×720 pixel. Hadir dengan cip pemprosesan sama seperti Roar Plus, dan memori 3GB RAM. Melengkapkan telefon pintar ini adalah storan 16GB, kamera hadapan dan belakang 8-megapixel. Seperti peranti Roar Plus, ia turut hadir dengan Android 6.0 dan antaramuka khusus Coolpad.
Harga jualan kedua-duanya masih tidak diketahui lagi, dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.