Perkhidmatan teksi menggunakan motor Dego Ride diarahkan menghentikan operasinya pada bulan Februari yang lalu. Ia hanya mampu beroperasi selama beberapa bulan sebelum mendapat perhatian pihak berkuasa kerana melanggar Akta Pengangkutan Jalan.
Terkini Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Abdul Aziz Kaprawi menjelaskan kepada Parlimen bahawa faktor keselamatan juga menjadi sebab mengapa Dego Ride diharamkan. Menurut beliau tahun lalu 62% korban jalan raya terdiri daripada penunggang motosikal. Risiko terlibat dengan kemalangan adalah 42.5 kali lebih tinggi berbanding menaiki bas dan 16 kali ganda lebih tinggi berbanding kereta.
Faktor keselamatan pengguna perkhidmatan Dego Ride yang rendah ini membuatkan kerajaan mengharamkannya dari terus beroperasi. Tidak seperti kemelut Uber dan Grab, pihak Dego Ride tidak begitu vokal untuk mempertahankan perkhidmatan yang ditawarkan mereka. Apa pula pendapat anda semua? Adakah tindakan kerajaan ini wajar bagi memastikan keselamatan penumpang?
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.