Lanjutan daripada laporan sebelum ini, kini Google telah mengesahkan yang mana mereka akan membuang fungsi SMS daripada perkhidmatan Google Hangouts. Selepas 22 Mei kelak, ciri SMS pada Google Hangouts akan berhenti berfungsi, dan pengguna akan memerlukan aplikasi alternatif untuk tujuan berhubung menggunakan SMS.
Google sendiri menyediakan aplikasi khusus dinamakan Android Messages yang turut menawarkan sokongan untuk SMS dan juga RCS. Selain Android Messages, kebiasaannya, peranti Android turut hadir dengan aplikasi SMS khusus bersama dengannya.
Selain daripada itu, Google turut mengumumkan yang mana mereka akan membuat peralihan penuh daripada Google Talk ke Google Hangouts.
Bagi pengguna Google Talk di GMail, anda akan diminta untuk berubah ke Hangouts dalam beberapa minggu lagi – sekiranya anda masih belum melakukan perkara berkenaan. Google mengatakan selepas 26 Jun, perkara berkenaan akan dilakukan secara automatik.
Disamping itu, Google juga akan menamatkan sejumlah ciri daripada GMail Labs sekitar penghujung April kelak – termasuk integrasi Google+ dalam GMail.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.