Di rantau ini terdapat pelbagai acara startup yang diadakan sepanjang tahun. Salah satu acara yang ternama adalah Echelon kendalian e27. Untuk tahun ini, mereka bakal mengadakan Echelon di Pulau Pinang pada bulan hadapan, 12-13 April 2017.
Secara amnya, acara teknologi seperti ini biasanya diadakan di ibu negara namun menariknya untuk tahun ini e27 mengadakan acara ini di bandar-bandar kedua di setiap negara. Acara Echelon tahun ini akan diadakan di bandar seperti Bandung, Chiang Mai, Pulau Jeju. Untuk Malaysia, ia akan diadakan di pulau Pinang yang juga telah menempatkan startup ternama seperti Piktochart, Exabytes, EasyParcel serta juga DeliverEat dan pelbagai lagi.
Telah menjadi tradisi di acara Echelon dimana akan terdapat aktiviti perkongsian dari pelbagai penggiat startup, terutamanya dari pemilik startup terkemuka dan juga pelabur. Untuk dua hari acara ini akan berlangsung, terdapat lima kategori perkongsian informasi antaranya sekitar topik am dunia startup, IoT, pelaburan, industri perlancongan, dan juga dunia kreatif. Panel-panel ternama akan hadir dan berkongsi mengenai dunia teknologi sepanjang sesi selama dua hari.
Satu lagi sesi yang kerap diadakan sepanjang Echelon adalah sesi dimana startup akan berkongsi mengenai projek yang dibangunkan mereka bagi mendapatkan minat para pelabur. Acara pitch Top 100 Fight Club akan diadakan pada hari kedua dan pemenang bukan sahaja akan menerima program Microsoft BizSpark, malah berpeluang untuk menyertai acara utama Echelon Asia Summit yang bakal mempromosi startup mereka di persada antarabangsa.
Echelon Malaysia 2017 akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Georgetown, Pulau Pinang pada 12-13 April ini dan sekiranya anda salah seorang penggiat startup, anda disarankan untuk menghadirinya.
Daftar: Echelon Malaysia 2017
Kami adalah rakan media untuk acara ini. Jumpa disana :)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.