Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Rangka budak di belakang rumah ??


Satu rangka manusia dipercayai kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui di belakang sebuah rumah di Taman Bayan, Bukit Katil pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Abu Bakar berkata, mangsa dipercayai dibunuh Februari lalu sebelum mayatnya ditanam di belakang rumah teres dua tingkat berkenaan. 
"Sepasang kekasih berusia 24 dan 25 tahun yang juga ibu bapa kepada kanak-kanak ini ditahan di Muar, Johor kira-kira jam 2 pagi tadi. 

"Hasil soal siasat, rangka mayat mangsa yang dibalut kain batik ditemui di dalam satu lubang sedalam kira-kira 0.3 meter di belakang rumah berkenaan kira-kira jam 7 pagi tadi," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: Hmetro

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top