Dengar sini..Lynas selamat la..selamat.. |
Korang dengar elok-elok.. Kenapa bantah? bila kerajaan nak buat kemajuan kenapa nak bantah? Korang tak faham ke yang kerajaan dah jelaskan banyak kali yang Lynas ni tidak membawa sebarang keburukan? Tula la..bila kerajaan cakap tak nak dengar.. asyik membangkang aje..
Kerajaan cakap Lynas tak merbahaya.. Kajian dah dilakukan. sisa radioktifla.. apa la..mutan la..x-men la.. mana ada.. Kerajaan dah buat kajian terperinci.. Jangan nafikan kajian kerajaan walaupun makmal DNA kita kat Malaysia adalah haram dan tidak diiktiraf tidak bermakna setiap kajian kerajaan adalah bohong.
Kerajaan cakap Lynas selamat. Korang jangan tengok projek stadium runtuh.. syiling runtuh.. tayar morail tercabut.. jangan!! itu projek kerajaan.. itu kroni punya kerja.. memang kena runtuh,,baru boleh bukak tender baru bagi kroni, Kalau stadium bertahan 100 tahun.. Kroni takde kerja.. Tapi ini Lynas. Projek antarabangsa. Orang putih takkan nak tipu. Anwar Ibrahim je penipu kat dunia ni.. fahamkan betul-betul.
Satu-satunya wanita pertama ada PHD |
Kerajaan cakap Lynas dibuka sebab kita ramai tenaga pakar. Dengar tu.Luar negara takda pakar pakar ni.. Kita bukan cakap pasal bangla, indonesia, yang angkat simen bancuh bata bina kilang.Kita cakap kolar putih. Punyala banyak pakar negara kita je ada isteri perdana menteri ada PHD tau tak?cuba tengok negara lain.. mana ada.. Jangan percaya dakwaan pembangkang cakap ramai tenaga mahir berhijrah ke luar negara..
Teenage Mutant Ninja Turtle |
Korang tengok x-men? Bila wolverine lawan manusia korang sokong sapa? Jujur Khalis tanya.. korang sokong Storm.. Wolverine.. Profesor X.. maknanya.. korang untung boleh jadi mutan.. Siapa taknak jadi mutan? Mutan Ninja Turtle pun korang sokong.. Betul tak? acu kerat jari la korang tak sokong.
Pengajarannya.. sila sokong Lynas.. jangan bantah.. dan kita kena mintak YB tempat masing-masing untuk bukak kilang Lynas di daerah kita. Biar kalau boleh satu daerah satu kilang Lynas.. Baru la ekonomi negara kita berkembang pesat.
Ada faham SARCASM MODE ON!!
yang cakap orang lain bodoh - Mohd Khalis Raouf Bin Khairu Anuar Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar