- Perisian pemproses kata (macam Word tapi bukan) takda cursor.
- Menaip perkataan panjang-panjang tak tekan spacebar. Tak da jarak antara perkataan ke hapa?
- Diorang tak pernah salah taip bila guna komputer.
- Monitor paparkan huruf-huruf besar setebal 2 inci.
- Jahanamkan komputer dengan menggunakan virus, taip je 'Upload Virus'. Tak lama kemudian, komputer akan berasap dan meletup, pelepow!
- Semua komputer seluruh dunia bersambung dan boleh diakses walaupun ia dah off.
- Komputer-komputer yang power akan keluar bunyi, 'teet-teet' masa taip-taip atau semasa skrin dia menukar paparan. Untuk komputer yang lebih canggih, masa teks dia keluar, ada keluar bunyi macam printer lama jenis dot-matrix. 'Skreeet treeet teet teek'.
- Semua panel komputer, kat belakang dia tu ada lampu-lampu amaran yang besar-besar. Bila ada kerosakan pada komputer tu, lampu-lampu tu menyala macam siren polis. Silap haribulan boleh rosak sampai terkeluar asap, keluar karan-karan segala dan boleh meletup hinggakan siapa-siapa yang lepak dekat-dekat situ boleh tercampak ke belakang.
- Lepas guna komputer, boleh terus shutdown tanpa perlu nak save ke, save target as ke hapa ke. Rename file pun tak pernah.
- Seorang hackers boleh mendapatkan akses ke sebuah komputer yang amat penting dengan main 2-3 kali try je teka password.
- Nak on komputer macam on tv je. Tak sampai 2 saat, komputer diorang dah boleh guna.
- Semua pemindahan data-data yang besar-besar mengambil masa lebih kurang 3 saat pakai internet. Aku syak, modem yang diorang pakai dalam movie ni boleh transfer data 2Gb per saat. Laju beb.
- Apabila komputer utama di loji janakuasa nuklear atau tapak pelancaran misil overheating. Tak lama lepas tu, mesti dia punya control panel dia terbakar sebelum akhirnya seluruh bangunan meletup. Tebabo!
- Lagi canggih komputer tu, lagi banyak button dia taruk.
- Orang yang handle pasal komputer canggih-canggih ni mesti pandai gila babi hal komputer sebab komputer hi-tech diorang tak da label. Yang ada label satu je, 'Self-Destruct'.
- Search segala benda kat internet, semuanya boleh dapat walaupun benda tu mengarut gila.
- Semua imej boleh kasi perjelaskan dan perbesarkan lagi tanpa mengira jenis imej dan resolusi dia.
'What that fuzzy thing in the corner? Enhance it'
'Look! It's the murder weapon.'
sumber:juruteknik komputer
Posting Komentar