Gambar di atas diambil ketika Ana Rafali cuba bertudung di bulan Ramadhan yang lalu. Bukannya gambar yang terbaru. Menurut Ana, keputusan untuk bertudung datangnya daripada ketulusan hatinya sendiri, bukannya dipaksa oleh sesiapa. Kata Ana:-
Sama ada mummy, adik-beradik, keluarga bakal mentua mahu pun Naim, masing-masing tidak terkejut apabila sejak kelmarin saya sudah mula keluar memakai tudung termasuk ketika bertemu dengan bekas pensyarah saya untuk memberikan kad undangan perkahwinan. Sebenarnya hasrat itu sudah lama saya kongsi dengan mummy. Jadi, dia pun tumpang gembira dengan perubahan ini, begitu juga insan terdekat yang lain.Tahniah kepada Ana atas hijrah ini. Semoga selepas ini semakin dimurah rezeki. Kredit info kepada Berita Harian.
Penyanyi yang kini masih popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali hari ini membuat satu pengakuan yang beliau sudah pun berhijrah ke arah lebih baik.
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul semalam, Ana Raffali mengambil keberkatan hari untuk mula mengenakan tudung.
Ana Raffali berkata keputusan untuk mengenakan hijab secara tetap lahir dari ketulusan hati dan bakal suami juga keluarga tidak terkejut kerana beliau sudah mengenakan tudung ketika menyampaikan kad undangan perkahwinan beberapa hari lalu.
“Sebenarnya hasrat itu sudah lama saya kongsi dengan mummy. Jadi, dia pun tumpang gembira dengan perubahan ini, begitu juga insan terdekat yang lain,” ujar Ana Raffali yang bakal berkahwin 25 Februari ini. via BH
Rotikaya Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar