Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

BAB 2





RASISME DAN PENJAJAHAN DARWIN






Sahabat karib Darwin, Profesor Adam Sedgwick adalah di antara mereka yang mengedari bahaya yang dibawakan oleh teori evolusi ini di masa hadapan. Beliau mencatatkan, selepas membaca dan meringkaskan buku The Origin of Species, bahawa "sekiranya buku ini diterima oleh masyarakat umum, ia akan membawa bersamanya satu bentuk keganasan manusia yang belum pernah disaksikan sebelum ini."7 Dan sememangnya masa telah membuktikan kebimbangan Sedgwick itu berasas. Kurun ke 20 telah ditinggalkan sebagai satu zaman kegelapan di mana manusia dibunuh beramai-ramai hanya disebabkan oleh bangsa dan asal usul etnik mereka.




Walau pun, telah berlaku diskriminasi dan penghapusan yang berasaskan kepadanya di dalam sejarah kemanusiaan sebelum kemunculan Darwin. Tetapi Darwinisme telah memberikan diskriminasi ini kehormatan saintifik yang salah dan kebenaran yang silap.




"PEMELIHARAAN KE ATAS BANGSA-BANGSA PILIHAN…"




Kebanyakan Darwinis hari ini mendakwa bahawa Dawin bukan seorang rasialis, tetapi sebaliknya golongan rasialis yang telah memberikan ulasan mereka terhadap idea Darwin secara berat sebelah untuk tujuan menyokong pandangan mereka sendiri. Mereka mendakwa ekspresi "By Preservation of Favoured Races" pada satu tajuk di dalam buku The Origin of Species hanya untuk binatang. Bagaimana pun, apa yang telah diabaikan oleh mereka yang membuat dakwaan ini ialah apa yang telah disebutkan oleh Darwin tentang bangsa-bangsa manusia di dalam bukunya.




Berdasarkan kepada pandangan yang telah dikemukakan oleh Darwin di dalam buku ini, bangsa-bangsa manusia mewakili peringkat-peringkat evolusi yang berbeza, dan sebahagian bangsa-bangsa ini telah berkembang dan bergerak maju lebih baik daripada sebahagian yang lain. Sebahagian yang lain pula, berada pada paras yang hampir sama dengan monyet.




Darwin mendakwa bahawa "perjuangan untuk hidup" juga berlaku di kalangan bangsa-bangsa manusia. "Bangsa-bangsa terpilih" telah berjaya di dalam perjuangan ini. Menurut Darwin bangsa pilihan tersebut ialah bangsa kulit putih Eropah. Sementara bagi bangsa-bangsa Afrika dan Asia, mereka telah ketinggalan di dalam perjuangan untuk hidup. Lebih daripada itu Darwin juga menyatakan: bangsa-bangsa ini lama kelamaan akan tewas sepenuhnya di dalam perjuangan untuk hidup ini dan akhirnya akan hilang, dia mendakwa:




Suatu masa nanti, tidak berapa lama lagi, bangsa-bangsa manusia yang bertamadunakan menghapuskan dan menggantikan bangsa-bangsa buas di seluruh dunia. Pada masa yang sama, makhluk-makhluk iras beruk… pasti akan terhapus. Perbezaan di antara manusia dan sekutunya yang paling hampir akan menjadi lebih jauh, jika tidak ia akan mengganggu manusia di negara yang lebih bertamadun, seperti yang kita harapkan, seperti perbezaan bangsa kulit putih dan beberapa jenis beruk serendah babun, tidak seperti perbezaan sekarang di antara Negro atau bangsa Australia dan gorila.8




Di samping itu, di bahagian lain di dalam The Origin of Species, Darwin juga telah mendakwa bahawa adalah perlu untuk bangsa-bangsa yang lebih rendah dihapuskan dan tidak perlu bagi manusia yang maju untuk cuba melindungi mereka dan membiarkan mereka hidup. Beliau membandingkan keadaan ini dengan situasi orang yang menternak haiwan ternakan:




Dengan keganasan, yang lemah dari segi fizikal dan minda akan dihapuskan; dan mereka yang selamat selalunya menunjukkan tahap kesihatan yang hebat. Kami telah memajukan manusia, di samping itu kami berusaha untuk memeriksa proses penghapusan ini; kami telah membina kem-kem tahanan untuk mereka yang gila, cacat dan sakit; kami telah memulakan undang-undang kemiskinan; dan pakar-pakar perubatan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan nyawa setiap orang sehingga ke saat-saat akhir. Dipercayai bahawa pemberian vaksin telah menyelamatkan beratus-ratus manusia, di mana mereka yang lemah selalu tewas kepada cacar. Oleh itu, mereka yang lemah daripada masyarakat- masyarakat yang maju meningkatkan diri mereka. Siapa pun yang menjalankan penternakan haiwan domestik tidak akan merasa ragu bahawa ia akan memudaratkan bangsa manusia.9




Seperti yang dapat kita saksikan, di dalam buku beliau The Origin of Species Darwin melihat penduduk asli Australia dan Negro sebagai makhluk-makhluk yang sama taraf dengan gorila dan mendakwa bahawa bangsa-bangsa ini akan lenyap. Sementara bagi bangsa-bangsa lain yang dilihatnya sebagai "bermartabat rendah", dia menegaskan bahawa adalah perlu untuk menyekat mereka supaya bangsa-bangsa ini pupus. Oleh itu, laluan rasisme dan diskriminasi yang masih wujud sehingga ke hari ini, telah disahkan dan diterima oleh Darwin dengan cara ini.







Perjalanan yang telah dilalui oleh Darwin telah mendedahkan sifat rasialisnya. Sebagai contoh, Darwin menganggap istilah "binatang buas" adalah lebih sesuai kepada kaum-kaum yang kebudayaan dan kebolehan mereka telah dibincangkan oleh penyelidik lain.






Sementara itu, perkara yang berlaku kepada "mereka yang bertamadun", menurut idea rasialis Darwin, adalah untuk mempercepatkan sedikit jangka masa evolusi ini, seperti yang akan kita saksikan secara terperinci selepas ini. Di dalam keadaan ini tidak terdapat sebarang bantahan, daripada pandangan "saintifik", untuk bangsa-bangsa ini, yang akan lenyap, daripada dimansuhkan sekarang.




Wajah sebenar rasialis Darwin dapat diperhatikan di dalam tulisan-tulisan dan pemerhatiannya. Sebagai contoh, beliau secara terbuka telah memperlihatkan prejudis rasialisnya apabila menggambarkan orang asli Tierra del Fuego yang dilihatnya ketika di dalam sebuah pengembaraan panjang yang dilakukannya pada tahun 1871. Dia menggambarkan mereka sebagai makhluk-makhluk hidup yang "bertelanjang sepenuhnya, berlumur dengan warna-warna, makan apa sahaja yang mereka temui tidak ubah seperti binatang liar, tidak terkawal, ganas terhadap siapa sahaja di luar kabilah mereka, merasa megah menyeksa musuh mereka, menawarkan pengorbanan berdarah, membunuh anak-anak mereka, menyeksa isteri-isteri mereka, padat dengan kepercayaan khurafat yang tidak masuk akal". Bagaimana pun, seorang penyelidik W.P. Snow, yang telah menjelajah ke kawasan yang sama sepuluh tahun sebelumnya, telah memberikan gambaran yang berbeza. Menurut Snow, Tierra del Fuegians adalah "sahabat-sahabat yang perkasa dan baik; mereka amat menyayangi anak-anak mereka; sebahagian daripada bahan artifak mereka mempunyai nilai seni yang tinggi; mereka mengiktiraf beberapa hak harta benda; dan mereka menerima kuasa autoriti beberapa wanita yang lebih berumur."10




Seperti yang dapat dilihat pada contoh ini, Darwin sememangnya seorang rasialis. Tambahan pula, seperti yang telah dikatakan oleh pengarang buku What Darwin Really Said, Benjamin Farrington, Darwin telah mengeluarkan banyak ulasan berkaitan dengan "perbezaan ketara di antara manusia-manusia yang berbeza bangsa" di dalam bukunya The Descent of Man.11




Lebih daripada itu, teori Darwin yang mengingkari kewujudan Tuhan, telah menyebabkan manusia tidak menyedari bahawa mereka adalah ciptaan Tuhan dan semua manusia telah dijadikan sama rata. Dan ini merupakan salah satu faktor di sebalik peningkatan rasisme dan penerimaannya di dunia. Seorang pakar sains Amerika James Ferguson telah mengumumkan kaitan di antara penafian ciptaan dan peningkatan fahaman rasisme seperti berikut:




Ilmu antropologi baru akan menjadi satu medan teori di antara dua aliran pemikiran yang berbeza tentang asal usul hidupan. Aliran yang tertua dan lebih kukuh ialah "monogenisme", kepercayaan bahawa semua manusia, tanpa mengira warna kulit dan sifat-sifat lain, berasal terus daripada Adam dan terhasil daripada ciptaan Allah. Monogenisme telah disebarkan oleh gereja dan telah diterima luas sehingga abad ke-19, apabila penentang kepada teori ini mula menyemarakkan teori "poligenisme" (teori evolusi) yang percaya bahawa komuniti-komuniti yang berbeza mempunyai asal usul yang berbeza.12




Seorang antropologis India Lalita Vidyarthi menerangkan bagaimana teori evolusi Darwin telah menyebabkan rasisme diterima oleh sains-sains kesosialan:




Teori beliau (Darwin) tentang 'yang kuatlah, yang terus hidup' telah dialu- alukan oleh para pakar sains kesosialan hari ini, dan mereka percaya manusia telah mencapai peringkat-peringkat evolusi tertentu yang mencapai kemuncaknya pada tamadun bangsa kulit putih. Pada separuh kedua abad ke-19, rasisme talah diterima sebagai satu fakta oleh majoriti para pakar sains Barat.13



Sementara itu, bagi penyokong-penyokong Darwin yang datang selepasnya, mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan pandangan rasialisnya. Untuk melakukannya, mereka tidak langsung merasa bersalah untuk mereka banyak ketidakjajaran saintifik dan pembohongan. Mereka menjangkakan bahawa apabila mereka telah berjaya membuktikannya, mereka akan memperolehi bukti secara saintifik kedudukan dan "hak" mereka untuk menindas, menjajah, dan malah memusnahkan bangsa lain, sekiranya ianya diperlukan.







BERSAMBUNG.......
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top