Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

 


Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. 


Jangan dok terang pasal 72 % rakyat Malaysia terima konsep 1 Malaysia....... Betul ke atau 72 % tu orang Umno sahaja yaitu mewakili 2.16 juta sahaja rakyat Malaysia.





Siapakah menteri era Pak Lah yang dituduh  merogol amah warga Indonesia? Wikileaks telah mendedahkan tanpa menyebut nama menteri tersebut yang dikatakan masih lagi berjawatan menteri.





Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin
Atan, menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun
Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang
amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang
diambil ke atas menteri berkenaan.

Menteri berkenaan bagaimanapun
selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet
dibuat.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh
menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan
sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor
ini.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai
2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah
membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada
kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah
bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku. 


Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini
namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.

Namun oleh kerana malu dan
takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya.


Apakata kita tanya pakar fitnah yang kononnya banyak simpan rahsia dalam peti besi atau peti besi kat rumah beliau sememangnya kosong. Mungkin beliau hanya ada modal kes Adun Selinsing sahaja dan cuba menutup kes menteri tersebut dengan membesar-besarkan kes zina Ustaz Saipul. Atau beliau hanya kerani duduk dalam kain si Mamat Saidi.




Atau tanya Rocky Bru siapa sebenarnya Menteri tersebut dan usah bermain teka teki.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top