Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Walaupun ajaran Syiah difatwakan sesat di Selangor, warganegara asing yang
menetap atau berkunjung di negara ini dibenarkan mengamalkan ajaran tersebut
selagi tidak menyebarkannya kepada rakyat Malaysia.

NONEKetua penolong pengarah bahagian pengurusan penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohamad Rais Rasid berkata pengecualian itu,
terutama kepada pelancong luar diberikan kerana amalan itu merupakan mazhab
mereka di negara asal masing-masing.

"JAIS tidak bimbang tentang
kehadiran pelancong luar seperti Iran dan sebagainya. Sebabnya mereka (datang)
melancong bukan tujuannya untuk mengembangkan agamanya atau Syiah.

"Yang
kita tak benarkan mengembangkan (Syiah) bukannya (melarang) pelancongan,"
katanya.

Rabu lalu, antara 128 pengikut Syiah yang ditahan - dipercayai
antara terbesar - di sebuah rumah kedai di Batu Caves, terdapat juga sebilangan
kecil warga asing terlibat sama.

Menurut sumber, dua daripadanya dua
daripadanya telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuang pada 16 Disember
lalu bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu bertindak
dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau
mempertikaikan perintah atau arahan mufti.

Ketika diwawancara
Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam semalam, Mohamad Rais berkata
walaupun kemungkinan berlakunya pengembangan ajaran itu sesama mereka, ia hanya
melibatkan jumlah yang kecil dan terhad.

"Kalau mereka (pelancong) buat
pengembangan ajaran agama bukan secara keseluruhannya mungkin satu atau dua
orang sahaja," jelasnya.

Tiada
kompromi

NONEMenurutnya, sekiranya mereka ingin beramal, JAIS tidak
pernah menghalang mereka walaupun di negara ini sudah difatwakan sebagai ajaran
sesat.

"Tetapi jika digunakan untuk amalan dia (Syiah) sendiri dan
mahzabnya kita tidak pernah mencarinya (untuk menahan mereka),"
katanya.

Mohamad Rais berkata, golongan pelajar dan ahli perniagaan asing
berfahaman Syiah juga tertakluk kepada syarat yang sama.

Ditanya sama ada
besar-besaran penganut Syiah di Gombak minggu lalu yang mungkin menjejaskan
hubungan diplomatik dengan sesebuah negara, seperti Iran yang berfahaman Syiah,
Mohamad Rais menafikannya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan
ajaran itu, Mohamad Rais menegaskan bahawa mereka tidak akan sesekali
berkompromi dengan ajaran sesat kerana ia menjejaskan akidah, menyebabkan
perpecahan dan kemungkinan besar bakal memudaratkan negara.

Malah,
katanya, rata-ratanya rakyat di negara ini tahu kalau individu itu taksub kepada
sesuatu ajaran yang menyimpang.

"Sebagai contoh, Jemaah Islamiah (JI),
Al-Maunah, Ayah Pin (kerajaan langit) ini semua daripada ajaran sesat sama ada
di fatwa atau tidak apabila pemimpin dan pengikutnya sudah taksub mereka akan
bertindak ganas," katanya.

Setakat ini, kata Mohamad Rais lagi, pihaknya
dapat mengawal dan mengekang ajaran sesat daripada tersebar.

"Sehingga
kini, di Selangor masih lagi terkawal dengan JAIS kerap melakukan pemantauan
daripada penguatkuasaan serta melalui kakitangan pejabat agama di setiap
daerah," katanya.

(MK) Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top