Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Setelah 4 hari tidak dapat berblog dan membaca berita-berita terkini kerana berada diluar liputan, sekarang baru boleh membuka internet. Tidak sangka begitu hangat isu berkaitan dengan Zul Kulim yang sedang mencari publisiti murahan. Mungkin bagi beliau, inilah masanya untuk mencipta nama selagi Utusan Meloya memberi ruang kepada beliau.


Bukan senang......... mak ooiii, muka nak masuk paper lame. Saya tidak ingin mengulas panjang berkaitan dengan Zul Kulim pasal dah ramai blogger menulis berkaitan dengan kenyataan-kenyataannya. Orang kalau dah kemaruk nak masuk paper lame, inilah masanya.


Apa yang saya hendak ulas berkaitang dengan tulisan diakhbar Utusan yang meloyakan seperti berikut,


"Mengenai tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melabelkan wakil rakyat pembangkang yang keluar parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara, Zulkifli menyarankan Menteri Besar Kelantan itu melihat sejarah perjalanan politiknya sendiri terlebih dahulu.
Katanya, sewaktu Pas menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 70-an, tiada seorang pun wakil rakyatnya termasuk Nik Abdul Aziz yang meletakkan jawatan berikutan penghijrahan tersebut.

”Jadi, saya ingat elok Tok Guru Nik Aziz yang saya hormati tengok sejarah balik sebab Tok Guru tidak letak jawatan semasa Pas menyertai BN dulu,” katanya".



Kenyataan beliau itu benar-benar meloyakan tekak saya yang keluar daripada mulut seorang Loyar Buruk dan juga berstatus Ahli Parlimen. Apabila terlalu banyak bercakap, inilah jadinya. Sepatutnya beliau lebih memahami antara kehendak parti dengan kehendak individu. Lompat parti secara individu macam katak dengan mengikut kehendak parti adalah sesuatu yang berbeza............... apalah kamu, Zul............. benda macam ni pun tak pandai-pandai.


Ku sangka MP Kulim Bandar Baru seorang yang cerdik pandai......... rupa-rupanya............. hampas. Pasal tu la............ hang tak lompat parti................. hang dok tunggu kena pecat................ cukuplah memperbodohkan orang ramai dengan kenyataan hang yang cukup-cukup dangkal itu. Sekarang ini orang dok tengok aje drama yang hang dok lakon tu.


Yang peliknya hang.............. dok buat jugak drama tersebut............... orang dok tengok hang tengah perbodohkan diri hang.......... hang dok kata hang memang ahli politik yang bijak pandai............. malu betullah penduduk parlimen Kulim Bandar baru.............. pasal ada tok wakil macam hang............ dok habis-habis melalak................ dah kamu kata ada bukti tentang firaum kecil................. tolonglah tunjukkan............. pasal depa-depa ni tak sabar-sabar nak tengok.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top