Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


Rabu Oktober 28, 2009:Polis ingatkan orang ramai jangan berhimpun dekat sidang Dun Perak

IPOH: Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak berhimpun berhampiran bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak sepanjang tempoh berlangsung Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama tiga hari yang bermula hari ini, bagi mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah berkata polis banyak menerima maklumat terdapat pemimpin-pemimpin parti tertentu dalam ceramah mereka sebelum ini yang menyeru orang ramai supaya berhimpun di bangunan SUK.

"Perhimpunan tanpa permit adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang. Tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram, termasuk mereka yang merancang atau yang menganjur perhimpunan-perhimpunan itu," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Zulkefli berkata polis akan menyediakan anggota yang mencukupi dan mengambil langkah yang wajar bagi memastikan keselamatan semua anggota DUN dan jemputan yang hadir pada majlis persidangan itu serta menentukan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

"Polis akan bertindak tegas keatas sesiapa sahaja yang merancang atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.

Bagi mengelak kesulitan, beliau meminta pengguna-pengguna jalan raya supaya tidak menggunakan jalan-jalan berdekatan dengan bangunan SUK pada hari berkenaan dan menasihatkan orang ramai yang tiada kaitan dengan persidangan itu supaya tidak berkumpul berhampiran kawasan itu.

Zulkefli berkata polis sudah memperolehi satu perintah mahkamah di bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah yang melarang orang ramai hadir atau berada dalam lingkungan 50 meter radius dari pagar bangunan SUK Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, selama tiga hari mulai pukul 1 pagi esok hingga 11 malam 30 Okt ini.(Ibnu Hasyim)

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top