Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Patah tumbuh hilang berganti. apa yang berlaku adalah akibat wala' yang
keterlaluan, sehingga tidak mampu membezakan di antara intan dan
permata. sehingga terpaksa tgna "masuk campur'.

mereka tidak
dapat melihat ke mana pas cuba dibawa dengan urutan2 peristiwa yang
berlaku. mereka tidak mampu kaitkan ke mana "kepimpinan ulama tercabar"
hendak membawa pas. mereka hanya jadi penumpang bas yang setia tanpa
mampu memperdulikan cara tidak beretika pemandu. mereka tidak ambil
kisah cara memandu yang boleh memudaratkan orang ramai. peduli apa
sedangkan kemudaratan yang boleh menimpa mereka pun mereka tidak sedar.

peduli
apa pemimpin berbohong dalam isu "pertemuan dalam gelap". peduli apa
penipuan "dipersetujui majlis syura ulama". akibatnya pas terengganu
bersesak2 di jalan raja laut. "orang2 lama" berlonggok di jalan raja
laut. pandangan hati sudah jadi kabur kerana termakan racun wala' dari
"kepimpinan ulama" yang dipertahankan dengan cara penipuan.

racun
wala' telah berjaya melalikan sehingga tak kelihatan bahawa ulama akan
mencemari 'kepimpinan ulama'. tak kelihatan ulama tidak faham "konsep
kepimpinan ulama". presiden dan timbalan presiden mesti ulama. mereka
terikut2 rentak tarian ulama kerana tarian itu akan menjaminkan mereka
ke syurga!

menolak pandangan mursyidul am, tindakan pertama
oleh 'kepimpinan ulama', mesti dipatuhi. kritikan mursyidul am usah
dilayan malah perlu dibakulsampahkan. peringatan almarhum fadzil noor
mesti diketepikan. "wawasan" 'kepimpinan ulama' selepas muktamar ke 55
dijunjung.

inilah kepimpinana yang ada pada hari ini. lahir dari
pil wala' yang diedarkan menjelang muktamar ke 55. sejauh mana kesan
pil ini akan terserlah pada muktamar khas nanti, jika diadakan. hubaya,
hubayalah!

jangan salahkan pemimpin. salahkan diri anda yang
telah memilih pemimpin. bukan dengan sukarela dan di atas kesedaran
sendiri. kerana sanggup menelan bulat2 pil wala' yang "diberi".
teruslah berkhayal dan pertahankan "kepimpinan ulama tercabar"!

pandangan
orang bukan politik jangan dilayan. mereka tidak layak walaupun kerana
mereka ahli akademik. lihat sahaja respon hebat, canggih, berilmu dari
orang politik seperti ketua penerangan pas. bak kata tuan ibrahim,
mereka tidak tahu apa yang berlaku dalaman dan hanya melihat dari luar.
lalu pandangan mereka adalah selekeh sekali.

pedulikan persepsi pengundi kerana pas tidak mengharapkan undi mereka. pas ada Allah, jika kita ikhlas, Allah pasti tolong pas.



"Pada pendokong PAS, tindakkah anda terfikir kenapa apabila PAS
melakukan sesuatu maka semua pihak terlalu seronok melanyak, tetapi
tidak pada PKR dan DAP. Dimana dasar perjuangan saudara sebagai
pendokong PAS."

maafkan saya. kita perlu perbetulkan rumah
tangga kita dulu sebelum boleh tegur orang lain. dalam keadaan rumah
tangga sendiri berserabut, teguran kita akan diperlekehkan. ia akan
hanya seperti air ke daun keladi.

lagipun, tidakkah pas
mempunyai cita2 politik untuk menggantikan umno di persada politik
tanah air? sekiranya tidak, baik pas join kumpulan2 dakwah yang lain
dan tinggalkan politik.



Sudah tentu pas bercita2 begitu sepertimana luahan presiden "pas
kerajaan yang ditunggu". apabila memberi label "pas kerajaan yang
ditunggu", maka sewajarnyalah pas bergerak ke arah itu. teguran
pendokong pas terhadap pas menunujukkan mereka lebih peka dan faham
akan maksud dari "pas kerajaan yang ditunggu".

teguran yang
diberi janganlah ditafsir sebagai mereka mempertahankan "kemaksiatan".
janganlah menghina saudara sendiri seolah2 mereka tidak tahu islam.
semua orang islam akur arak itu haram. termasuk orang umno. yang
memberi lesen penjualan arak tanpa kawalan. apa yang dilhat adalah
tindakan2 yang menolak persefahaman dan setiakawan yang memberi
persepsi negatif kepada pas keseluruhanny, bukan sekadar pas selangor.
janganlah bertindak semata2 ego demi menolak tuduhan yang dilemparkan
ke atas pas perak, mengikut telunjuk dap. siapakah yang membuat tuduhan
tersebut?

mereka bukan menjadikan apa yang berlaku di selangor
sahaja sebagai hujah untuk menegur pas. apa yang berlaku di selangor
ada kaitan dengan kejadian sebelumnya, yakni selepas pru 12. pokok tak
akan bergoyang kalau tak ada angin. mereka melihat ia seolah2
kesimbanguan tindakan kepada muzakarah yang tidak mampu dilenyapkan
apabila timbul pula kerajaan perpaduan. rentetan peristiwa2 inilah yang
mendorong mereka menegur pas



tindakan mereke menegur pas adalah kerana sayangnya mereka kepada pas.
bukan kerana benci. benci hanya kepada tindakan2 yang dilakukan yang
tidak sedikitpun mencerminkan pas benar2 ikhlas dengan "memperkasakan
pakatan rakyat". dengan "pas for all". ia boleh menimbulkan keraguan
kepada pengundi yang sudah mula mendekati pas. keraguan pengundi
terhadap pas telah diekplotasi sepenuhnya oleh seteru pas yang sentiasa
menanti2kan "kelemahan" pas.

pas dilihat tidak mampu
menggunakan "kekuatan" yang ada padanya. yang teruk, pas tidak mampu
menyembunyikan "kelemahan"nya. di mana perginya "swot"?

sekadar
persepsi saya, yang sentiasa boleh disanggah. kalau pas "kerajaan yang
ditunggu", ia mestilah dengan kekuatan pas sendiri bukan kerana
perpecahan dalam umno seperti yang berlaku di terengganu. pas tidak
perlu menahan lukahnya "pas keraajaan yang ditunggu" di pergentingan
"perpecahan umno. anggaplah itu satu 'hadiah' dari Allah swt untuk
memantapkan lagi pas. gunakanlah dia dengan sebaik mungkin dengan penuh
bijaksana bukan dengan rasa syok sendiri.

terengganu adalah satu
pengajaran. pas tidak mampu mengambilalih kerajaan negeri pada dua pru
selepas berjaya menang besar pada 1999. pas tewas pada 2004 dan 2008.
pas political players afiled to recapture terengganu for whatever the
reasons. for reasons known to them. for reasons known to the voters.



mereka yang sama kini bersesak2 di jalan raja laut. apakah ia tidak
akan sedikitpun menjejaskan pas di mata umum? lebih2 lagi dengan
rentetan2 peristiwa yang berlaku sejak "pertemuan dalam gelap"? the
same political players who failed to recapture terengganu state are now
in pas hq. persepsi ramai adalah "cara" pas terengganu kini menjadi
"cara" pas pusat.

jangan pula cepat menuduh saya benci pas
terengganu. ingat pepatah melayu, "sebab nila setitik, rosak susu
sebelanga." perhatikan sendiri akan ucapan2 mereka serta cara mereka
bertindak.

pemimpin tidak boleh menggunakan "Boleh jadi apa yang
kamu tidak suka, ianya baik bagi kamu, dan apa yang kamu suka ianya
tidak baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahuinya" apabila berhadapan dengan ahli2.

"Boleh jadi apa
yang kamu tidak suka, ianya baik bagi kamu, dan apa yang kamu suka
ianya tidak baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu
tidak mengetahuinya", sewajarnya menjadi pegangan dan peringatan kepada
pemimpin di sepanjang perjuangan.

wallahu'alam.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top