Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Malah kalau bertuah awal pun, kadang-kadang tuah itu hanya sebesar bukit sedangkan celaka yang datang pula sebesar gunung.





Sebelum pilihan raya umum 2008, ramai yang yakin dengan kemampuan parti-parti pembangkang untuk menambah kerusi Parlimen berikutan kelemahan pentadbiran kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin tak banyak tapi pasti bertambah kerusi.



Dengan hanya mempunyai 20 kerusi Parlimen (tidak termasuk satu bebas pro-Barisan Nasional) yang dimenangi pada 2004, ramai yang berharap pembangkang dapat menggandakan kerusi, atau setidak-tidaknya menambah 10 lagi. Pada masa itu BN menguasai 198 daripada 291 kerusi, atau 90.4 peratus.



Parti-parti yang dijangka dapat meraih sokongan tinggi adalah DAP dan PAS yang masing-masing mempunyai 12 dan tujuh kerusi Parlimen. Tidak ramai yang yakin dengan kemampuan Parti Keadilan Rakyat yang hanya ada kerusi tunggal di Permatang Pauh. Yang kesian kepada PKR pun hanya berani mempertaruhkan parti itu mencapai tidak lebih lima kerusi.

Apa yang berlaku pada 8 Mac 2008 sudah banyak dicatatkan dan dibukukan. PKR menjadi parti pembangkang paling besar dengan 31 kerusi diikuti DAP 28 dan PAS 23 (di mana satu kerusi PAS dimiliki calon ketuanan Melayu yang pro-Umno).



Semua orang sudah tahu yang BN telah hilang majoriti dua pertiga Parlimen dan kalah di lima negeri (dan kemudiannya Perak dirampas BN melalui lompatan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR dan DAP menjadi “bebas pro-BN”). Keputusan itu bukan sahaja mengejutkan BN dan pembangkang, malah para pengundi sendiri tidak menyangka undi protes mereka untuk “mengajar” BN telah memberi kesan hebat kepada pembangkang.



Pucuk pimpinan BN, khususnya Umno, terduduk tergamam dengan keputusan itu. Sebaliknya pembangkang yang waktu itu sedang gembira ria memperkenalkan semula diri mereka sebagai Pakatan Rakyat. Lima negeri Pakatan mula menunjukkan yang mereka juga mampu mentabdir walaupun dicemuh hebat oleh pembangkang Umno di negeri masing-masing. Umno yang kucar-kacir menjadi lebih rasis pula.



Kini sudah lebih setahun setengah sorakan kemenangan berlalu. Pemimpin dan ahli Umno yang tergamam dan celupar sebelum ini semakin kelihatan agak tersusun gerakan mereka. Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri sedikit-sebanyak mula yakin dengan tindak-tanduk politiknya.



Yang menjadi masalah ialah komponen dalam Pakatan sendiri yang semakin sibuk menembak kaki masing-masing sejak awal tahun ini. Bermula dengan PAS yang serba-salah sama ada mahu menjadi jaguh Melayu Islam atau memenuhi hasrat slogan ciptaan sendiri “PAS Untuk Semua”, ia kini menimbulkan krisis dalaman parti itu terutama dengan kelantangan Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak usaha kerjasama dengan Umno yang pernah disuarakan oleh beberapa pemimpin tertinggi parti. Malah kemelut dalaman seperti itu telah menjangkiti pula parti komponen lain.



PKR sebagai parti terbesar dilihat tidak banyak bergerak untuk mengekalkan sokongan rakyat, kalau pun tidak menambah. Pemimpin tertingginya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih selesa dengan memenuhi jemputan antarabangsa sebagai tetamu kehormat seminar-seminar global. Para pemimpin PKR hanya tergamam melihat masalah-masalah di depan mata.



Hasilnya, rakyat terutama mereka yang telah memberi undi kepada Pakatan mula gelisah. Ramai yang tertanya-tanya sama ada Pakatan mampu menjadi alternatif kepada BN atau sekadar selesa sebagai pembangkang yang cekap.



Jika hanya mahu menjadi pembangkang, undi mungkin kembali kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang. Trend konservatif pengundi Malaysia sering menunjukkan keselesaan rakyat kepada kerajaan yang menawarkan kestabilan politik, walau pun banyak kekangan demokrasi dan hak asasi.



DAP pula jelas berjaya sebagai kerajaan negeri di Pulau Pinang tetapi di peringkat nasional, ia masih dilihat sebagai pembangkang tradisi, seolah-olah belum bersedia untuk menjadi komponen kerajaan pusat yang baru. Mungkin ini kerana orang kuatnya Lim Guan Eng yang berjawatan Setiausaha Agung terlalu sibuk mentadbir negeri sebagai Ketua Menteri.



Keadaan seperti ini memberi peluang kepada Najib dan Umno untuk memulihkan semangat mereka yang terpukul teruk selepas Mac 8 tahun lalu. Jika Najib berjaya menghembuskan semula nafas politik baru kepada komponen-komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC, tidak mustahil akar kekuatan gabungan persekutuan itu diperkukuhkan semula.



Lagi pula keadaan politik di Sabah dan Sarawak di mana 54 daripada 56 kerusi Parlimen atau 96 peratus kekal berpihak kepada BN. Dalam masa yang sama pembangkang di kedua-dua negeri itu belum berjaya keluar dari kemelut perselisihan dan perebutan kedudukan.



Sehingga saat ini, belum ada tanda-tanda kesungguhan Pakatan untuk mencari penyelesaian. Majlis menteri besar dan ketua menteri Pakatan yang ditubuhkan pada Januari tahun ini sepi tanpa berita. Mesyuarat-mesyuarat pimpinan Pakatan sering berkisar isu-isu semasa tanpa membicarakan persoalan-persoalan pokok. Soal dasar dan strategi bersama entah ke mana.



Yang masih berpihak kepada Pakatan tetapi jarang diberi perhatian pimpinan ialah kerjasama komponen Pakatan di peringkat akar umbi. Khabar-khabar dari kampung dan kawasan perumahan mencerminkan akar umbi Pakatan dari pelbagai kaum erat dan rapat silaturahim mereka. Biar sehebat mana suara kokok pucuk pimpinan, akar umbilah yang akan menentukan kalah menang di dalam gelanggang.



Jika rakyat masih kelabu dengan apa yang Pakatan mahu lakukan — sama ada bersiap sedia untuk menjadi kerajaan pusat atau sekadar ingin menyelamatkan seberapa banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang — ia bererti mendung bakal berarak di langit gabungan pembangkang.



Memang senang bercakap, atau menulis. Jalannya memang tidak mudah. Media arus perdana masih menjadi alat propaganda BN. Banyak agensi kerajaan bertindak seolah-olah mereka suara BN di mana mereka sering mensasarkan tindakan terhadap para pemimpin Pakatan. Isu kaum dan agama pula masih menjadi duri dalam daging masyarakat. Semua ini ranjau sepanjang jalan buat Pakatan.



Namun hati manusia mampu dipujuk. Sekeras-keras kerak nasi, kena air lembut juga jadinya. Mungkin ada baiknya pimpinan Pakatan menyusur akar, melihat bagaimana akrabnya akar umbi pada masa ini. Memanglah tidak semua keadaannya riang gembira belaka.



Setidak-tidaknya di kalangan akar umbi yang berjaya mewujudkan semangat setiakawan, pasti ada rahsia persahabatan mereka di kalangan PKR, DAP dan PAS yang perlu dipelajari dan difahami pucuk pimpinan. Dari situ mungkin bakal lahir dasar dan program bersama Pakatan yang benar-benar mampu mencabar BN. (Colourluna) Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top