Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. KUALA LUMPUR, Oct 28 — Mulai Jam 8.30 malam ini, para pemimpin utama PAS akan berhimpun di Tingkat 5, Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Mereka akan berhimpun untuk menyertai satu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat yang dipanggil presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Yang menjadi tumpuan malam ini adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah menulis dalam blognya mengkritik pimpinan utama PAS dan mencadangkan agar diadakan satu muktamar khas untuk menukar mereka.



Beliau yang berlepas dari Kota Bharu petang tadi dijangka akan menyertai mesyuarat ini walaupun pada awalnya tidak bercadang untuk berbuat demikian.



Bahkan beliau telah memberikan pesanan kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS, apa yang hendak beliau sampaikan kepada pucuk pimpinan PAS.



Namun, selepas dinasihatkan oleh para pegawainya, Nik Aziz akan menyertai mesyuarat pada malam yang dipengerusikan oleh Abdul Hadi sebagai presiden PAS.



Turut serta dalam mesyuarat ini adalah semua AJK PAS Pusat dari presiden, timbalan, naib-naib presiden, ketua-ketua dewan dan AJK yang lain. Di samaping mereka, sebagaimana biasa, turut serta dalam mesyuarat ini adalah 13 para pesuruhjaya PAS negeri-negeri.



Apakah yang akan berlaku malam ini? Inilah yang hendak diketahui oleh semua mereka yang berada di luar bahkan yang bakal berada dalam mesyuarat ini.



Menurut kebiasaannya, sebagai pihak yang memulakan sepak bola isu ini, Nik Aziz dijangka akan memberikan penjelasan kenapa beliau menulis sedemikian.



Kenapa beliau mencadangkan presiden, timbalan dan setiausaha agung PAS ditukar.



Sudah tentu Nik Aziz akan memberikan sebab-sebabnya yang sehingga kini orang luar hanya boleh meneka sahaja. Misalnya, Nik Aziz marah cara para pimpinan PAS mengendalikan isu Datuk Dr Hassan Ali di Selangor.



Pokok isu kini adalah apakah Nik Aziz berjaya mendapatkan apa yang disebutkan dalam blognya iaitu satu muktamar khas untuk menukar pimpinan PAS yang ada.



Nampaknya, berdasarkan mood yang ada, amat sukar. Bukan kerana mereka tidak bersetuju dengan pandangan Nik Aziz itu tetapi persoalannya siapakah ganti kepada Abdul Hadi misalnya.



Apakah orang itu terlebih baik dari Abdul Hadi. Menurut Prof Abdul Aziz Bari, sebagaimana yang dinyatakan dalam tulisan asal yang menjadi rujukan Nik Aziz, Datuk Seri Azizan Razak, MB Kedah lebih baik dari Abdul Hadi berdasarkan kerajaan Kedah lebih baik dari kerajaan Terengganu pimpinan Abdul Hadi dahulu.



Benarkah begitu? Adakah ahli mesyuarat ini akan bersetuju jika dibawa pandangan sebegitu. Adalah diyakini, jika mengundi, akan terlebih ramai ahli mesyuarat ini akan memihak kepada Abdul Hadi.



Namun begitu, sebagaimana yang dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya baru-baru ini, jarang sekali pengundian berlaku dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Mereka akan cuba mencapai kata sepakat dalam membuat sesuatu keputusan bukannya mengundi.



Ramai juga yang menimbulkan persoalan, kalau begitu apa yang akan dicapai dalam mesyuarat ini. Adalah diyakini, dalam mesyuarat ini yang dicari mereka adalah kata sepakat. Untuk itu, sebagaimana keputusan mesyuarat Dewan Pemuda PAS malam tadi, mereka akan berterus terang malam ini.



Pokoknya adalah pendekatan yang PAS mahu ambil dalam menentukan halatuju parti. Hendak berbaik-baik dengan Umnokah sebagaimana yang digembar-gemburkan atau benar-benar memperkuatkan Pakatan Rakyat.



Adalah diyakini, PAS akan berpendirian memperkukuhkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang diputuskan muktamar yang lalu dan mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba mendekati Umno.



Kalau benarlah ini yang dicapai, Nik Aziz akan berpuashati dan tidak perlulah muktamar khas itu.



themalaysianinsider Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top