Semasa era Mahathir menjadi Perdana Menteri, anak-anak diperkayakan dengan alasan yang anak-anaknya menjadi kaya kerna mereka pandai berniaga.Bila krisis ekonomi menyerang Asia, harta rakyat (Petronas) terpaksa digunakan untuk menyelamatkan syarikat anak-anaknya.Segala kata-katanya mesti diikut dan memerintah secara kuku besi. Islam dipermain-mainkan dan Sunnah Nabi dilawak jenakakan.
Di era Pak Lah menjadi Perdana Menteri, tiba-tiba anaknya menjadi antara individu terkaya di Malaysia. Menantunya Khairy menjadi jutawan segera dan mengawal tingkat empat, tempat yang dikatakan paling berkuasa untuk membawa hala tuju negara.Yang membuatkan Mahathir murka dan keluar Umno bersama beberapa pengikut setianya.
Sekarang ini dibawah Najib yang menjadi boneka Mahathir setelah Pak lah berjaya dijatuhkan. Tingkat empat sekarang ini dikawal oleh Panglima Imelda Rosmah. Tidak mustahil Malaysia akan menjadi seperti zaman pememrintahan Marcos, jika melihat kelakuan yang ditunjukkan oleh Panglima Imelda Rosmah. Isteri PM pertama yang mencampuri urusan pentadbiran kerajaan.
Mula mengumpul kekayaan setelah suaminya memegang tampuk pemerintahan. Banyak skandal-skandal yang melibatkannya akan terbongkar. Seorang yang terlalu percayakan bomoh. Ada khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa Najid telah dibomohkan oleh Panglima Imelda Rosmah.
Posting Komentar