Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Apabila keluar sesuatu isu yang
berkaitan DSAI, maka ramailah para blogger yang mengaku sebagai
blogger PAS akan mengeluarkan ulasan-ulasan mereka. Mereka lebih ke
depan apabila melibatkan DSAI, tetapi tidak dilakukan tak kala
melibatkan pimpinan PAS. Jika ada pun kerana pemimpin itu adalah adalah
sesuai dengan cita rasa mereka.







Tidak salah untuk kita
melapurkan berita tentangnya kerana PKR pun bersama-sama dengan PAS dalam  Pakatan
Rakyat. Tetapi betulkah tindakkan yang kita lakukan sedangkan kita
mengaku sebagai blogger PAS.Ini kerana berita yang dilaporkan oleh blogger PAS lebih
kepada PKR daripada PAS.







Apabila saya menulis perkara
ini, bukan bermaksud saya anti PKR, ia lebih kepada sikap menegur.
Kerana itulah para blogger PAS patut menghadiri tamrin ataupun usrah agar
dapat menghayati bagaimana corak yang terbaik untuk kita menulis
mengikut cara Islam yang sebenar.







Tidak salah untuk kita
melaporkan akan aktiviti PKR, tetapi biarlah berpada-pada. Dan yang
pastinya segala aktiviti PAS yang patut didahulukan. Jika tidak,
jadilah blogger PKR sepenuh masa kerana ialah yang terbaik jika
ideologi lebih condong kepada PKR. Tidak salah menukar ideologi kepada
PKR kerana parti tersebut pun duduk dibawah Pakatan rakyat.







Untuk PKR pula, janganlah
kerana terlalu mengejar kuasa untuk memerintah Malaysia, maka
dicalonkan orang-orang yang tidak berwibawa. Lihatlah akibatnya kerana
terlalu gelojoh Perak jatuh kembali kepada kerajaan haram Umno kudeta.
Jadilah ia sebagai ingatan pada masa akan datang. Kerana itulah DAP membuat kritikan terhadap PKR.



Ada kebenaran juga dengan kritikan yang dilakukan oleh DAP, kerana kritikan itu hanya untuk mengingatkan sesama Pakatan. Tetapi yang menjadi masaalahnya ada blogger-blogger yang melenting dengan kritik DAP itu. Apakah tindakkan yang dilakukan oleh DAP itu salah, sedangkan itu adalah teguran yang membina sebagai sahabat.







Kebanyakkan masaalah-masaalah
yang berlaku dalam Pakatan Rakyat banyak disebabkan daripada Adun PKR.
Inilah bahayanya apabila terlalu yakin untuk mengantikan Umno-Bn di
Putrajaya, calon yang tiada kualiti ditampilkan. Sebagaimana yang di
Negeri Perak, yang membawa kejatuhan Pakatan Rakyat.







Tidakkah memalukan apabila PKR
mencalonkan seorang bekas posmen yang bertaraf SPM. Bertambah pula
dengan cita-cita besarnya untuk menjadi Menteri Besar, sedangkan bahasa
inggerisnya pun tunggang langgan. Kerana orang-orang seperti inilah
yang membuatkan tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.







Bila sudah menjadi adun dan
kemudiannya dilantik sebagai exco, sikap bersyukur telah hilang kerana
timbul sikap tamak yang menguasai diri. Dengan sikap tamak itulah yang
membuatkan beliau tidak berpuas hati kerana hanya dilantik sebagai exco
sahaja, sedangkan keinginan nafsu serakahnya ingin menjawat jawatan
Menteri Besar tanpa mencerminkan muka.







Sepatutnya beliau tanya pada
diri beliau sendiri, usahkan jawatan Menteri Besar tetapi apakah aku
layak untuk menjadi exco dengan kelulusan yang aku ada ini. Diharap    buat PKR jadilah ia satu iktibar dalam memilih calon di dalam PRU 13 yang akan datang.







Pilihlah calon yang betul-betul layak, dan janganlah perkara seperti di Perak berulang lagi. Sebenarnya apa yang berlaku ada baiknya, sekurang-kurangnya PKR dapat menilai calon-calon yang terbaik. Agar ianya betul-betul bekerja untuk parti dan bukan  untuk kepentingan diri sendiri.







Tidak salah untuk DSAI atau PKR belajar daripada PAS cara memilih calon-calon yang betul-betul berkhidmat untuk rakyat. Bagaimana PAS memilih calon yang menepikan kepentingan diri dan lebih mengutamakan parti daripada kepentingan diri sendiri.







Kerana rakyat akan menilai segala tindak tanduk calon tersebut, apakah mereka hanya menjadi ramah semasa pilihan raya sahaja atau akan menghilangkan diri selepas mendapat title Y.B., kerana wakil rakyat adalah hamba kepada rakyat dan bukannya rakyat yang menjadi hamba wakil rakyat.







Sebagaimana yang diamalkan oleh Umno yang hanya pandai berjanji sahaja dan sebelum dipilih, sanggup turun kesawah atau menoreh getah bersama rakyat. Kononnya untuk menunjukkan yang mereka adalah pemimpin berjiwa rakyat yang sanggup makan bersama rakyat, pada hakikatnya tengkok tidak dapat menerima tetapi untuk menjaga hati tuan rumah maka ditelan juga hidangan tersebut. selepas menang batang hidung pun tak nampak.







Kalau nak jumpa mereka bukan main susah, terpaksa membuat temujanji dulu yang belum pasti dapat berjumpanya. Maka tinggallah rakyat menjadi hamba kepada kepada tok wakil, kerana itulah cara Umno melayan rakyat yang memberi undi kepada mereka.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top