Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Datuk Shamsuddin Nawawi mencadangkan mental Kartika Sari Dewi Shukarno yang dihukum sebat perlu diperiksa dengan teliti sebelum hukuman itu dijalankan.
"Memandangkan ada peruntukan pemeriksaan perubatan sebelum hukuman sebatan terhadap Kartika, saya harap pihak Mahkamah Syariah dan juga Jabatan Agama Islam Pahang akan memastikan keadaan mental Kartika juga diperiksa dengan teliti!
"Bukan hanya mentalnya yang perlu diperiksa, status perkahwinannya juga perlu diperiksa. Di manakah suaminya? Kenapa suaminya tidak pernah muncul sedangkan Kartika ada anak?" kata beliau dalam blognya, dongtalk.blogspot.com.
Pandangan Shamsuddin itu dipercayai sebagai respon kepada kenyataan Kartika baru-baru ini ini yang menyatakan beliau tidak sabar-sabar hendak disebat.
"Saya tak sabar menanti badan saya disebat. Kalau boleh saya ingin hukuman ini dipercepatkan," katanya.Pada 20 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman maksimum denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas Kartika Sari Dewi mengikut Seksyen 136 enakmen itu selepas dia mengaku bersalah meminum arak di sebuah pusat hiburan di Cherating dua tahun lalu.
"Kartika tidak sabar-sabar lagi mahu disebat dan ramai juga yang menunggu bagaimana sebatan itu akan dijalankan," kata Shamsuddin.
Menjelaskan mengenai hukuman itu, beliau berkata, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, antara lain, menetapkan bahawa pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan.
Enakmen itu juga, menurut beliau, menetapkan bahawa pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan samada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan dan pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan.
Oleh kerana hukuman itu hanya perlu dilaksanakan dihadapan seorang doktor kerajaan yang akan mengesahkan Kartika dalam keadaan sihat untuk menjalani sebatan itu, kata beliau, "pastinya juga keadaan kesihatan mental Kartika perlu juga diperiksa oleh doktor itu".
"Adakah Kartika dalam keadaan mental yang sempurna untuk menjalani hukuman sebat itu," kata Shamsuddin yang berkelulusan undang-undang.
Sebelum ini, beliau menyatakan beliau tetap mempertahankan hukuman yang dikenakan ke atas Kartika."Semuanya kerana saya berpendirian bahawa Undang-Undang Syariah Pahang adalah sah dan berkuatkuasa, Kartika mengaku salah terhadap kesalahannya, Kartika tidak mahu membuat rayuan dan Kartika rela dengan hukuman yang hendak dijalankan," tegas beliau.
Hukuman ke atas Kartika mendapat bantahan banyak pihak termasuk Majlis Peguam yang mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan menghapuskan hukuman sebat untuk apa juga kesalahan jenayah kerana berpendapat ia tidak bersesuaian dengan masyarakat Malaysia yang penuh dengan perasaan belas kasihan.
Persatuan Peguam Syarie Malaysia menolak dakwaan tersebut.
"Dakwaan hukuman sebat itu kejam dan menindas wanita tidak benar, namun pihak tertentu mengambil kesempatan menggunakannya bagi memburuk-burukkan Islam di serata dunia.
"Hakikatnya, sebatan dalam undang-undang syariah tidak sama seperti sebatan dalam undang-undang sivil. Islam juga tidak menindas wanita kerana hukuman terhadap lelaki dan wanita sama saja.
"Jadi, hukuman itu perlu diteruskan supaya orang dapat melihat sendiri sebatan menggunakan rotan kecil itu tidak menyakitkan seperti disangka, selain orang yang disebat juga berpakaian menutup aurat," kata presidennya, Mohamad Isa Abdul Ralip.(Harakah)
Ulasan Musafirlalu.............
Apahal dengan Parti Islam Umno yang semakin melalut dengan berbagai-bagai kenyataan yang dikeluarkan berhubung dengan hukuman sebat yang dikenakan terhadap Kartika. Semakin dekat hukuman itu akan dilaksanakan, semakin mengelabah Parti Islam Umno.
Sekarang mereka mengesa agar Kartika dirujuk kepada Dr.Pakar, berhubung dengan ketegasannya menolak daripada mengemukakan rayuan. Sepatutnya mereka semua yang sepatutnya dirujuk kepada Dr.Pakar, kerana mental para pemimpin Parti Islam Umno semakin bercelaru.
Wooooiiiiiii........ malulah sikit dengan saudari Kartika............... yang hang sibuk-sibuk sangat ni kenapa? Beliau sanggup terima sebatan tersebut............. hang duduk diam sudahlah............. lain orang makan cili, orang lain pula yang merasa pedasnya.
Aku rasalah........... kesudahannya............ mereka sendiri yang memberi pengampunan............... itu tidak mustahil berlaku............... memalukan betul lah dengan Parti Islam Umno.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar