Gerakan Rakyat integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) memberi
tempoh tujuh hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
menjelaskan perkembangan sisatan kes kediaman mewah bekas Menteri Besar
Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang didakwa bernilai RM20 juta.
Pengerusinya, Mohd Nazri Mohd Yunus semalam berkata, SPRM dilihat
lambat bertindak sehingga tiada apa apa laporan dikeluarkan sejak kes
itu dibangkitkan sejak tiga bulan lalu.
"Kami beri tempoh 7 hari untuk menyatakan perkembangan kes atau
dakwaan, jika tidak Jumaat ini Gerak Malaysia akan hantar memorandum
pada SPRM. Saya tuntut pendakwaan segera.� katanya.
Ujarnya lagi, SPRM perlu bertindak secara adil dan saksama;
tanpa mengira seseorang yang didakwa itu dari Pakatan Rakyat atau
pemimpin penting Umno sendiri.
Ditanya mengapa perlu tunggu tujuh hari untuk mengantar memo
tersebut, Nazri menjelaskan bahawa pihaknya akan bersemuka dengan SPRM
bukan untuk membuat pengaduan atau laporan, sebaliknya menunggu maklum
balas siasatan berbangkit.
"Berkaitan banglo mewah Khir Toyo ini, kita sudah hantar
dakwaan pada 7 Julai lalu; termasuk beberapa pendedahan laman web
berkaitan dan sebagainya," jelasnya.
Sambil
melahirkan kekesalan atas pendakwaan terpilih SPRM dalam kes Khir Toyo
itu, beliau mempersoal komitmen luar biasa SPRM sebelum ini apabila
agresif menyisat beberapa kes pendakwaan yang dikaitkan dengan pemimpin
Pakatan Rakyat.
"Tentang kes Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) dan kes
peruntukan Dun yang kita (Gerak) hantar, saya kira dalam tempoh dua
minggu siasatan terus dimulakan. Mengapa tidak dalam kes Khir Toyo
ini?" soalnya lagi.
Bercakap pada sidang media di Hotel De Palma, Nazri berkata,
keengganan SPRM menyiasat kes Khir Toyo bukan sahaja mengakibatkan
kredibiliti suruhanjaya itu terus dipertikai khalayak, malah turut
mengakibatkan Gerak sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bebas juga
terpalit difitnah sebagai "buat laporan terpilih" dan proksi Mohd Ezam
Mohd Noor (Umno).
Beliau juga menjelaskan bahawa pertubuhannya mempunyai beberapa dokumen bukti berkaitan kes tersebut.
Pun begitu, beliau masih menunggu mana-mana saksi kes tersebut tampil bersamanya dalam pendakwaan kes Khir itu.
Beliau turut mencabar Khir menafikan segala pendedahan terbuka
yang dilakukan oleh beberapa laman web termasuk oleh mereka yang
bergelar Umno Reform.
Artikel berjudul Khir Perlu Jawab! dalam Umno Reform 2, 6 Julai lalu mendedahkan Istana gaya Bali yang terletak di Jalan 1/7L, Seksyen 7 Shah Alam bernilai lebih RM20 juta.
Walaupun SPRM masih belum membuat sebarang pendakwaan kes terbabit,
khalayak amnya percaya seseorang ahli politik yang bersih sebenarnya
tidak mampu memiliki rumah bernilai RM20 juta, dengan menjawat jawatan
Menteri Besar Selangor selama dua penggal pemerintahan sahaja.(Harakah)
Ulasan Musafirlalu........
Kenapa Gerak lambat sangat berGerak........... selepas isu SPRM disiasat........ baru Gerak berkokok......... Selama ini mungkin sibuk cari apa kesalahan yang di lakukan oleh Pakatan Rakyat. Gerak pun sudah hilang kredibilitinya sebagai NGO yang betul-betul bebas................ Mungkin bagus juga kalau Gerak juga patut disiasat.............. kenapa lambat bergerak................. atau pun tukar nama kepada Pelahan Malaysia............. Gerak boleh dilihat sebagai mencari publisiti murahan selepas dikritik hebat kerana aduan terpilihnya............... dan satu lagi ............ hang fikir sendirilah............ pasal ia terikat dengan Raja Sesumpah.
Posting Komentar